Orthofix MJ-FLEX The New Metaizeau Nail Instructions D'utilisation page 90

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 10
PQ MJF B 02/18
MS
Arahan Untuk Kegunaan tertakluk kepada perubahan; versi paling terkini bagi setiap Arahan Untuk Kegunaan sentiasa disediakan dalam talian.
HURAIAN
MJ Flex ialah sistem implan intramedula direka secara khusus untuk fiksasi retakan Pemakuan Intramedula Stabil Elastik (ESIN). Prinsip ESIN melibatkan pemakuan diseimbangkan untuk memberikan keanjalan
dan kestabilan di tempat yang retak.
TUJUAN PENGGUNAAN
MJ-FLEX THE NEW METAIZEAU NAIL™ bertujuan untuk rawatan retakan diafisis bagi tulang panjang.
INDIKASI
MJ-FLEX THE NEW METAIZEAU NAIL™ ditunjukkan untuk merawat:
- keretakan tulang pada anggota sebelah atas dan klavikel dalam semua pesakit kecuali bayi yang baru lahir dan bayi;
- keretakan tulang pada anggota sebelah bawah dalam pesakit kanak-kanak, kecuali bayi yang baru lahir dan bayi iaitu kefleksibelan implan adalah paling utama untuk tidak mengganggu plat pertumbuhan;
- keretakan tulang pada anggota sebelah bawah dalam orang dewasa yang kecil yang saluran medulanya sempit.
NOTA BAGI PENGGUNAAN
Produk adalah bertujuan untuk kegunaan profesional sahaja. Pakar bedah yang menyelia penggunaan produk ini mesti mempunyai pengetahuan secukupnya tentang prosedur fiksasi ortopedik dan mengetahui tentang
peranti, instrumen dan prosedur pembedahan termasuk penggunaan dan penanggalan. Panduan teknik pembedahan terperinci boleh dibekalkan atas permintaan; sila hubungi Orthofix atau pengedar tempatan anda.
KONTRAINDIKASI
Pengunaan MJ-FLEX THE NEW METAIZEAU NAIL™ adalah kontraindikasi untuk pesakit dengan:
- keadaan perubatan am yang tidak sesuai untuk pembedahan.
- jangkitan terpendam aktif atau disyaki dalam kawasan yang retak;
- sensitiviti badan asing (iaitu sensitiviti bahan dikesan, ujian harus dilakukan sebelum implan dimasukkan);
- pesakit dengan keadaan mental atau fisiologi yang tidak mahu atau tidak mampu mengikuti arahan penjagaan postoperatif;
- stok tulang dikompromi, berkemungkinan menyebabkan fiksasi tidak mencukupi atau tidak stabil bagi peranti;
- retak dengan patologi yang tidak dapat didiagnosiskan.
AMARAN UMUM
1. Prosedur praoperatif, pengetahuan teknik pembedahan dan pemilihan dan peletakan implan yang sesuai ialah pertimbangan penting untuk penggunaan peranti yang berjaya oleh pakar bedah.
2. Jangan gabungkan MJ-FLEX THE NEW METAIZEAU NAIL™ dengan komponen dari sistem lain;
3. Jangan gabungkan dua paku bagi logam yang tidak serupa kerana ini mungkin menyebabkan tindak balas elektrolitik;
4. Jangan masukkan lebih daripada dua paku dalam saluran medula yang sama;
5. Paku tidak boleh digunakan semula. Sekiranya mana-mana implan bersentuhan dengan mana-mana bendalir badan ia perlu dianggap bahawa ia telah digunakan. Implan yang longgar, retak atau pecah
boleh menyebabkan hilang kestabilan.;
6. Peranti ini tidak diluluskan untuk kepilan skru atau fiksasi kepada elemen posterior (pedikel) tulang belakang serviks, toraks atau lumbar.
7. Dalam pesakit yang rangkanya tidak matang, disyorkan untuk mengelakkan menyilang plat epifisis terbuka bagi mengurangkan kemungkinan gangguan pertumbuhan akibat daripadanya.
LANGKAH BERJAGA-JAGA UMUM
1. Pastikan semua komponen yang diperlukan untuk pembedahan tersedia di dalam bilik bedah.
2. Periksa semua komponen secara berhati-hati sebelum digunakan. Keutuhan, kesterilan (sekiranya produk steril) dan prestasi produk adalah dijamin hanya sekiranya pembungkusan tidak rosak.
3. Jangan gunakan sekiranya pembungkusan terjejas atau jika komponen dipercayai salah, rosak atau dicurigai.
4. Pengendalian dan penyimpanan produk perlu dilakukan secara berhati-hati. Kesan calar atau kerosakan pada komponen boleh mengurangkan kekuatan dan rintangan keletihan produk secara signifikan.
5. Anda disarankan untuk menyemak padanan dan fungsi paku dan pemasangan instrumen sebelum implantasi.
6. Paling sesuai menggunakan dua paku. Apabila saluran medula sangat sempit (cth. untuk keretakan kalvikular, metakarpus, falangeal dan metatarsus), hanya satu paku boleh digunakan dengan berhati-hati
memenuhi saluran sebanyak mungkin;
7. Kedua-dua paku perlu mempunyai diameter yang sama supaya daya bertentangan sama rata, mengehadkan kecacatan valgus atau varus iatrogenik;
8. Diameter paku yang dipilih tidak boleh lebih daripada 50% daripada lebar segenting. Sekiranya dua paku dengan diameter yang sama digunakan, jumlah dua diameter tidak boleh lebih daripada lebar
segenting;
9. Bahagian rata bagi paku yang dibengkokkan mestikan berada pada sisi cekung bagi lengkung;
10. Elakkan daripada membuat bengkok yang tajam. Bentuk paku yang bengkok mestilah busur tanpa sebarang tepi;
11. Jika paku dibengkokkan lebih daripada dirancang, elakkan membengkokkannya terbalik tetapi pertimbangkan untuk membengkokkan paku yang baru;
Maklumat penting - sila baca sebelum menggunakan
MJ-FLEX THE NEW METAIZEAU NAIL™
Orthofix Srl
Via delle Nazioni 9 - 37012 Bussolengo (VR) Itali
Tel. 0039 (0) 45 6719000 - Faks 0039 (0) 45 6719380
0123
90

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières