2.5 Mengakhiri prosedur
Selepas selitan:
Pastikan padanan yang betul
1.
Pastikan kedudukan prostesis suara yang betul dengan memutarkan dan menarik
dengan berhati-hati Pin Selitan (Rajah 12). Prostesis berada pada kedudukan yang
ideal semasa Bebat Keselamatan menghala ke bawah.
AWAS: Sahkan bahawa kedua-dua berbibir esfagus telah diletakkan sepenuhnya
ke dalam lumen esofagus. Tiada bahagian berbibir esofagus yang kelihatan
sepanjang syaf prostesis suara dan semasa memutarkan, prostesis suara harus
bergerak dengan bebas. Memutarkan prostesis suara pada masa yang sama
menolak sedikit ia ke dalam esofagus boleh membantu untuk membuka lipatan
berbibir dibesarkan sepenuhnya. Jika tidak pasti, gunakan endoskopi fleksibel
untuk mengesahkan penempatan yang betul di dalam esofagus.
Menguji kefungsian yang betul
2.
Beruskan Provox Vega menggunakan Berus Provox. Uji kefungsian yang betul
bagi prostesis dengan meminta pesakit bercakap dan dengan memerhatikan
prostesis tidak bocor semasa pesakit minum air (Rajah 18).
Memotong Bebat Keselamatan
3.
Selepas memastikan prostesis telah diletakkan dengan betul, potong Bebat
Keselamatan supaya ia sedatar dengan Berbibir Trakea (Rajah 14). Prostesis suara
kini sedia untuk digunakan.
2.6 Pelupusan
Sentiasa ikut amalan perubatan dan keperluan negara berkaitan dengan biobahaya
apabila melupuskan peranti perubatan yang telah digunakan.
3. Maklumat penting pesakit
3.1 Maklumat umum
Pastikan bahawa pesakit faham untuk menghubungi klinisian jika:
• Terdapat kebocoran melalui atau di sekitar prostesis (batuk dan/atau perubahan
warna mukus).
• Kesukaran bercakap (usaha yang tinggi dan/atau bunyi suara lebih tegang).
• Terdapat sebarang tanda keradangan atau perubahan tisu pada tempat tebukan atau
kawasan stoma (sakit, kemerahan, haba, bengkak, kesan darah pada berus selepas
memberus).
Juga maklumkan pesakit bahawa:
• Selepas penempatan prostesis, kesan darah mungkin didapati dalam kahak. Ini
mungkin datang daripada granulasi tisu pada tepi tebukan TE.
• Provox Vega Plug boleh digunakan sementara untuk menghentikan kebocoran
melalui prostesis suara.
• Sesi Latihan Pertuturan dengan klinisian terlatih adalah dinasihatkan untuk
mendapatkan bunyi suara, kelancaran pertuturan, dan kebolehfahaman yang
optimum.
3.2 Penyenggaraan prostesis
Beritahu pesakit masa dan cara untuk membersihkan prostesis suara Provox Vega
XtraSeal. Membersihkan prostesis sekurang-kurangnya dua kali sehari boleh membantu
memanjangkan jangka hayat alat.
AWAS: Hanya gunakan aksesori Provox yang asli yang bertujuan untuk digunakan
dengan Provox Vega semasa membersihkan prostesis.
• Memberus prostesis dengan Berus Provox dua kali sehari akan membantu membuang
mukus dan sisa makanan dari prostesis.
• Memancut prostesis dengan Provox Flush juga membantu untuk membersihkan
debris dan mukus dari prostesis, boleh membantu meningkatkan jangka hayat alat.
Nota: Provox Flush bertujuan untuk digunakan oleh pesakit, seperti yang dinilai oleh
klinisian yang mempreskripsikan alat, menunjukkan kebolehan untuk memahami
dan mengikut arahan untuk penggunaan dengan konsisten tanpa pengawasan
klinisian sahaja.
• Sesetengah pendekatan diet, seperti pengambilan harian yogurt atau susu mentega
yang mengandungi laktobasili, dikira sebagai membantu mencegah pertumbuhan
berlebihan Candida.
Bagi maklumat terperinci tentang cara untuk membersihkan Provox Vega, sila lihat
Arahan untuk setiap aksesori.
4. Maklumat tambahan
4.1 Keserasian dengan rawatan MRI, sinaran X- dan sinaran
Prostesis suara Provox Vega XtraSeal telah diuji dan didapati serasi dengan rawatan
pengimejan resonan magnet (MRI) (diuji sehingga 3 Tesla), x-ray dan sinaran (diuji
sehingga 70 Gy). Prostesis boleh diletakkan pada tebukan TE semasa sesi pemeriksaan/
rawatan. Ambil maklum yang sit injap radiolegap kelihatan pada sinaran x.
4.2 Jangka hayat alat
Bergantung kepada keadaan biologi individu, jangka hayat alat berbeza dan mustahil
untuk menjangkakan integriti alat untuk tempoh masa yang panjang. Bahan alat
akan terkesan oleh cthnya, bakteria dan yis, dan integriti struktur alat akan semakin
berkurangan.
82