Braun Easypump II ST Mode D'emploi page 43

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 28
– Tiada penggera atau amaran apabila berlakunya gangguan
aliran yang akan memberi petunjuk kepada pengguna
tentang potensi kecederaan serius atau kematian akibat
penghentian atau panghantaran yang tidak mencukupi.
Arahan Pengendalian
Arahan Pengisian
Pam elastomer perlu diisi dengan berhati-hati dan hanya oleh
kakitangan yang berkelayakan.
Sebelum digunakan, sila periksa untuk sebarang kerosakan.
Jangan gunakan jika rosak.
Pam elastomer boleh diisi dengan picagari kunci Luer atau
peranti pengisian lain yang serupa dengan menggunakan
teknik aseptik. Tiub perlu diisikan dengan pencair sebelum
menambahkan ubat.
Pengisian (gunakan teknik aseptik):
1. Buka lapisan luar dengan betul sebelum memulakan
proses pengisian.
2. Tutupkan pengapit.
3. Bukakan penutup.
4. Tanggalkan tudung dari lubang pengisian dan letakkan-
nya di atas permukaan steril.
5. Sambungkan peranti pengisian ke lubang pengisian.
6. Masukkan pencair. Ulangi sekerap yang diperlukan.
7. Tanggalkan peranti pengisian dari lubang pengisian,
sambungkan semula tudung pada lubang pengisian dan
tutupkan semua penutup.
8. Bukakan tudung penyambung pesakit.
9. Bukakan pengapit dan isikan sistem itu.
10. Tutupkan pengapit dan sambungkan semula tudung
penyambung pesakit. Jangan bukakan semula pengapit
sehingga pam disambungkan kepada pesakit.
Arahan pengisian khusus untuk dadah yang terdedah kepada
pemendakan (contohnya, 5-Fluorouracil):
• Ikuti langkah 1–5 yang dinyatakan di bawah "Pengisian".
• Pada mulanya isikan Easypump® II dengan kira-kira 10
ml pencair.
• Ikuti langkah 7-10 yang disenaraikan di bawah "Pengisian".
Nota: Jika tidak diisikan dengan betul, penyumbatan atau
aliran perlahan boleh berlaku akibat penghabluran di bahagian
yang ditunjukkan di bawah.
Pengisian - Penambahan ubat (gunakan teknik aseptik):
Selalu merujuk pada sisip bungkusan pengilang dadah untuk
pembancuhan semula/pencairan dadah, prosedur penyimpanan
dan pengendalian.
Ulangi langkah 2-6 sehingga isi padu yang diperlukan tercapai.
Selepas penambahan ubat, bilaskan lubang pengisian dengan
larutan natrium klorida 0.9 % untuk mengelakkan kepekatan
dadah yang tinggi di dalam kawasan pengisian.
Nota: Sila pastikan tudung lubang pengisian dan penyam-
bung pesakit ditutup dengan betul selepas diisi dan sebelum
digunakan!
Setelah selesai, tiub akan diisi secara eksklusif dengan pencair,
dilindungi dari pemendakan sementara takungan pam akan
menyimpan ubat sehingga infusi dimulakan.
Sambungan Pesakit:
1. Bukakan tudung penyambung pesakit.
2. Sambungkan pam penyambung pesakit ke peranti
capaian pesakit.
3. Pastikan bahawa penyekat aliran ditampal sepenuhnya
pada kulit pesakit.
4. Pastikan penapis tidak ditutupi dengan sebarang pem-
balut.
5. Bukakan pengapit untuk memulakan infusi.
Tempoh penggunaan
Lihat jadual melebihi dan di bawah pengisian di Lampiran
Pembuangan
Produk Easypump II ST/LT adalah diperbuat daripada bahan
mentah yang kedua-duanya dalam kombinasi dan secara ter-
sendiri tidak perlu dibuangkan secara berasingan. Jika diguna-
kan dengan betul menurut Arahan Penggunaan, tiada pengaruh
termal atau kimia boleh mengubah bahan yang digunakan
dalam cara yang memerlukan pembuangan secara berasingan.
Pembuangan peranti terpakai perlu dipastikan oleh penyedia
penjagaan kesihatan agar sesuai dengan peraturan pengurusan
sisa klinikal di setiap negara peranti perubatan itu digunakan.
Makluman kepada pengguna
Sekiranya, semasa penggunaan produk ini atau akibat peng-
gunaannya, berlakunya kejadian serius, sila laporkan kepada
pengilang dan/atau wakil yang diberi kuasa serta kepada pihak
berkuasa negara anda.
Bahan
Bahan-bahan pam elastomer yang membentuk laluan ben-
dalir ialah: MVQ, PVC (bebas dari DEHP), PMMA, PES, ABS,
kaca, e-PTFE
Klasifikasi
Pam elastomer Easypump® dihasilkan menurut ISO 13485 dan
menepati piawai berikut:
• Komuniti Eropah (Tanda CE) kelas IIb Arahan Peranti
Perubatan (MDD)
• Produk disahkan oleh TÜV Perkhidmatan Produk No. 0123
menurut 93/42/EEC
• ISO 28620 Peranti perubatan – Peranti infusi mudah alih
yang tidak dijana oleh elektrik
Tarikh semakan terakhir: 2020-05-28
- 43 -

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Easypump ii lt

Table des Matières