Arahan Penggunaan - Braun Easypump II ST Mode D'emploi

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 28
ms

Arahan Penggunaan

Deskripsi
Easypump® II ST/LT bertujuan menginfusi ubat secara ber-
terusan, intravena, subkutaneus atau epidura. Kimoterapi,
antibiotik, anestesia dan pengendalian sakit intravena ialah
terapi paling biasa.
Untuk maklumat lanjut tentang jenis dadah yang biasa dibe-
rikan melalui pam elastomer, sila rujuk Senarai Kestabilan
Dadah. Ubat-ubatan dan/atau bendalir mesti diberi berda-
sarkan arahan pengilang dadah.
Easypump® II ialah peranti infusi mudah alih yang tidak dijana
oleh elektrik, membolehkan pesakit dirawat secara ambulatori.
Ubat disampaikan kepada pesakit melalui tekanan positif mem-
bran elastomer. Kadar aliran ditentukan oleh kombinasi peranti
pengawalan aliran (penyekat aliran) dan tekanan positif mem-
bran elastomer. Tekanan ini menghantar larutan menentang
tekanan balik kateter dan tekanan darah dalam vena. Tekanan
balik mempengaruhi kadar aliran.
Tujuan penggunaan
Penggunaan sekali sahaja.
Indikasi
Easypump® II direka untuk memberi pilihan kepada kakitangan
klinik dan jururawat untuk memberi jumlah ubat yang telah
ditentukan kepada pesakit secara berterusan dan tepat.
Populasi pesakit
Easypump® II adalah untuk pesakit yang menerima rawatan
secara ambulatori dan/atau di rumah. Secara umumnya, peranti
ini tidak terhad kepada jantina tertentu. Easypump® II boleh
digunakan oleh kedua-dua pesakit dewasa dan pediatrik.
Pengguna Sasaran
Pam elastomer hanya boleh digunakan oleh pekerja penjagaan
kesihatan yang terlatih dalam teknik ini.
Kontraindikasi
Pam elastomer dikontraindikasikan untuk penghantaran darah,
produk darah, insulin, nutrisi parenteral total, emulsi lipid dan
untuk kegunaan intra-artikular serta untuk dadah menyela-
matkan nyawa (contohnya, katekolamin).
Langkah berjaga-jaga / Peringatan
• Kebergantungan pada suhu: Easypump® direka untuk
berfungsi pada suhu bilik 23 °C +/– 2 °C (73 °F +/– 3.6 °F).
Penyekat aliran ditentukur untuk berfungsi pada 31 °C
(88 °F). Bagi mengekalkan kadar aliran yang stabil, penye-
kat aliran harus selalu bersentuhan dengan kulit pesakit
pada setiap masa (31 °C). Bagi setiap 1 °C di atas atau di
bawah suhu ini, kadar aliran akan meningkat atau menu-
run lebih kurang 3 %. Peningkatan suhu menyebabkan
peningkatan kadar aliran dan sebaliknya.
• Jika Easypump® II perlu disimpan di dalam peti sejuk
atau penyejuk beku, benarkan unit untuk memanaskan
sehingga suhu bilik sebelum digunakan. Penyimpanan
tidak patut melebihi jangka masa maksimum 30 hari,
ditolak masa infusi nominal khusus pam (Contoh: Mak-
simum 30 hari – masa infusi nominal 5 hari = 25 hari
penyimpanan maksimum).
• Jika merancang untuk menyimpan di dalam penyejuk
beku, tiub tidak harus diisikan kerana penapis boleh
rosak.
• Serasi dengan MRI.
- 42 -
• Semasa penggunaan epidura, kadar aliran mungkin akan
meningkat.
• Masa penghantaran boleh meningkat dengan ketara dise-
babkan masa penyimpanan dilanjutkan.
• Di bawah pengisian dan /melebihi pengisian: Mengisi pam
kurang daripada isi padu nominal biasanya menyebabkan
masa penghantaran lebih singkat. Mengisi pam lebih
daripada isi padu nominal menyebabkan masa penghan-
taran lebih panjang.
• Kebergantungan pada pencair: Kadar aliran Easypump®
dikira berdasarkan penggunaan 0.9 % NaCl. Penggunaan
dekstrosa (D5W) sebagai pencair atau penambahan
sebarang dadah dengan kelikatan yang lebih tinggi
daripada larutan garam biasa akan meningkatkan masa
penghantaran (contohnya, peningkatan sebanyak 10 %
sekiranya dekstrosa [D5W] digunakan, lihat rajah 1).
• Sistem tidak boleh diisi apabila pam dipenuhi Dekstrosa
kerana kadar alir akan berkurang dengan ketara.
• Pengembungan pam yang tidak sekata semasa proses
pengisian tidak akan membawa kesan terhadap kadar
Fig. 1
FLOW RATE ml/h
aliran.
• Gelembung udara dalam lengan silikon tidak akan mem-
pengaruhi fungsi pam. Terdapat liang udara di dalam
Nominal FLOW RATE
penapis yang berupaya menapis gelembung udara yang
terperangkap. Lengan silikon mempunyai ciri kebolehtela-
pan gas, oleh itu udara yang terperangkap dalam lengan
27
28
29
silikon boleh disebar keluar dari pam.
Tekanan luaran seperti memicit atau berbaring di atas pam
akan meningkatkan kadar aliran.
Apabila diisi sampai isi padu nominal dan di bawah keadaan
10% below
persekitaran yang dijelaskan di sini, ketepatan aliran adalah
nominal FLOW RATE
+/- 15 % dari kadar aliran berlabel untuk Easypump®.
Rajah 1
Fig. 1
0.9% NaCl
D5W
0
1
2
3
4
Amaran
– Jangan menggunakannya jika bungkusan telah dibuka
atau rosak.
– Penggunaan sekali saja. Jangan mensteril atau mengguna
semula.
– Penggunaan semula peranti untuk kegunaan sekali berpo-
tensi membawa risiko kepada pesakit atau pengguna. Ini
akan mengakibatkan kontaminasi dan/atau mengganggu
kebolehannya untuk berfungsi. Kontaminasi dan/atau
fungsi peranti terbatas mungkin akan mengakibatkan
kecederaan, penyakit atau kematian pesakit.
– Pam elastomer tidak boleh digunakan pada pesakit yang
diketahui sangat sensitif kepada sebarang bahan peranti
itu.
– Pam elastomer hanya boleh digunakan oleh pekerja penja-
gaan kesihatan yang terlatih dalam teknik ini.
+ 10%
30
31
32
33
- 10%
5
6
7
8
9
10
Tempoh Aliran
Flow Duration
11

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Easypump ii lt

Table des Matières