Pemasangan
1.
Letakkan tilam di atas rangka katil dengan logo menghadap ke atas dan tag maklumat produk
di bahagian kaki katil.
2.
Pastikan tilam diletakkan dengan betul tanpa ruang antara tilam dan rangka katil atau
pengadang tepi.
Sentiasa gunakan rangka katil penjagaan kesihatan bariatrik yang standard
bersama-sama dengan perlindungan atau protokol yang mungkin berkaitan.
Rangka dan pengadang tepi hendaklah disaizkan dengan betul secara relatif
kepada tilam bagi membantu meminimumkan sebarang ruang yang mungkin
memerangkap kepala atau tubuh pesakit.
Memasang Bantal Sokongan Tepi
Setelah mengembangkan katil bariatrik, tambah bantal sokongan menggunakan prosedur yang
berikut:
1.
Letakkan bantal sokongan di dalam ruang antara pengadang tepi dan tilam dengan zip
di bahagian luar dan hujung kaki yang bertanda di bahagian hujung kaki katil.
2.
Sambungkan empat kancing betina di bahagian bawah sebelah kiri dan kanan bantal
sokongan kepada empat kancing jantan di bahagian bawah tilam.
Bantal sokongan tepi AtmosAir Plus MRS adalah khusus untuk tepi yang
ditetapkan. Bantal sokongan kiri (dikenal pasti dengan kaki menghadap
ke bahagian dalam) mesti diletakkan di sebelah kiri pesakit di katil.
Perkara yang sama dikenakan untuk bantal sokongan sebelah kanan.
Zipkan kelepak di tilam pada
bantal sokongan tepi.
Bantal
Sokongan
Tepi.
3.
Zip tilam pada sisipan tilam.
Apabila bantal sokongan tidak digunakan, selitkan sarung bantal sokongan
di bawah tilam.
232
Sambungkan
kancing di empat
tempat.