Persediaan Untuk Penggunaan - GETINGE Arjohuntleigh AtmosAir Fit Notice D'utilisation

Mattress replacement system
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 131
WASPADA: Bagi membantu mencegah keluar atau terjatuh dari katil secara
tidak sengaja, pastikan bahawa jarak di antara bahagian atas pengadang tepi
(jika digunakan) dan bahagian atas tilam (tanpa mampatan) adalah sekurang-
kurangnya 8.66 in (22 cm). Pertimbangkan saiz pesakit, kedudukan (secara relatif
dengan bahagian atas pengadang tepi) dan keadaan pesakit secara individu
apabila menilai risiko terjatuh.
Dilarang Merokok di Katil - Merokok di katil boleh membawa bahaya. Bagi mencegah risiko
kebakaran, merokok di katil tidak boleh dibenarkan sama sekali.
Protokol Umum
• Elakkan sentuhan alat yang tajam dengan AtmosAir Fit MRS dan AtmosAir Plus MRS.
Kebocoran, potongan dan koyakan akan menghalang operasi yang betul.
• Ikuti semua peraturan keselamatan dan protokol institusi yang dikenakan tentang
keselamatan pesakit dan penjaga.
Pelupusan - Pada penghujung hayat berguna, lupuskan sisa menurut keperluan tempatan atau
hubungi pengilang untuk mendapatkan nasihat.

Persediaan untuk Penggunaan

1.
Buka bekas penghantaran.
Jangan gunakan alat yang tajam untuk membuka kotak. Boleh mengakibatkan
kerosakan kepada tilam.
2.
Alihkan AtmosAir Fit MRS atau AtmosAir Plus MRS daripada penutup perlindungan plastik.
Penutup tilam mungkin kelihatan berkedut apabila bungkusan dibuka. Untuk
menghilangkan kedutan, biarkan tilam disesuaikan dengan iklim persekitaran
selama 24 jam; lihat Jadual Penyelesaian Masalah untuk mendapatkan maklumat
lanjut. Kedutan tidak akan menjejaskan pengembungan atau fungsi, maka MRS
boleh digunakan dengan serta-merta jika diperlukan.
3.
Periksa permukaan tilam untuk koyakan atau pemecahan; jangan gunakan jika terdapat
koyakan atau pemecahan.
4.
Jika memasang semula MRS pada rangka baharu atau untuk pesakit baharu, periksa
permukaan tilam untuk kesan cemar dan kotoran; bersihkan dan / atau nyahjangkit
seperti yang diperlukan (lihat Penjagaan dan Pembersihan).
5.
Ratakan katil dan kunci brek.
6.
Alihkan tilam yang sedia daripada rangka katil.
231

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Arjohuntleigh atmosair pus

Table des Matières