Pengenalan
WASPADA: Penting untuk anda membaca dan menyemak dengan teliti arahan ini
dengan ahli profesional penjagaan kesihatan anda. Sekiranya anda mempunyai
sebarang pertanyaan yang bersifat perubatan, sila hubungi ahli profesional
penjagaan kesihatan anda.
Disyorkan agar semua bahagian dalam manual pengguna ini dibaca sebelum menggunakan produk.
Semak dengan teliti bahagian Indikasi, Kontraindikasi, Risiko dan Langkah Berjaga-jaga dan
Maklumat Keselamatan sebelum meletakkan pesakit dalam sebarang AtmosAir™ Fit Mattress
Replacement System (MRS) dan AtmosAir™ Plus Mattress Replacement System (MRS).
Penjaga hendaklah membincangkan Maklumat Keselamatan, Risiko dan Langkah Berjaga-
jaga dan Kontraindikasi dengan pesakit (atau penjaga sah pesakit) dan keluarga pesakit.
AtmosAir Fit MRS dan AtmosAir Plus MRS ialah sistem penggantian tilam pengagihan semula tekanan
tanpa kuasa yang menggunakan Teknologi Pelarasan Kendiri (SAT - Self Adjusting Technology) untuk
menyediakan terapi pengagihan semula tekanan. Sistem tersebut dirangka untuk pesakit dengan
berat badan sehingga 1000 lb (454 kg), dengan ciri kebolehkembangan daripada kelebaran 36 in
(91 cm) tanpa bantal sokongan kepada 42 in hingga 48 in (107 cm hingga 122 cm) dengan bantal
sokongan pada AtmosAir Fit MRS dan kelebaran 34 in (86 cm) tanpa bantal sokongan kepada 41 in
hingga 48 in (104 cm hingga 122 cm) dengan bantal sokongan pada AtmosAir Plus MRS.
Penunjuk
AtmosAir Fit MRS dan AtmosAir Plus MRS ditujukan untuk pencegahan dan rawatan gangguan kulit.
Kontraindikasi
AtmosAir Fit MRS dan AtmosAir Plus MRS dikontradikasikan untuk pesakit dengan keadaan yang
berikut:
• fraktur vertebra tak stabil
• traksi skeletal dan servikal
Risiko dan Langkah Berjaga-jaga
Pemindahan - Langkah berjaga-jaga hendaklah diambil semasa pemindahan pesakit.
Pengadang Tepi dan Pengekang - AMARAN: Penggunaan atau tanpa penggunaan pengekang,
termasuk pengadang tepi, boleh menjadi kritikal kepada keselamatan pesakit. Kecederaan serius
atau kematian boleh berlaku akibat penggunaan (kemungkinan pemerangkapan) atau tanpa
penggunaan (kemungkinan pesakit terjatuh) pengadang tepi atau pengekang yang lain. Lihat
Maklumat Keselamatan yang berkaitan.
Penghijrahan Pesakit - Permukaan khas mempunyai ciri ricih dan sokongan yang berbeza
daripada permukaan konvensional dan boleh meningkatkan risiko pergerakan pesakit,
penenggelaman dan / atau penghijrahan ke dalam kedudukan pemerangkapan yang berbahaya
dan / atau keluar katil secara tidak sengaja. Pantau pesakit dengan kerap untuk melindungi
daripada pemerangkapan pesakit.
229