Télécharger Imprimer la page

B.Braun Actreen Hi-Lite Cath Mode D'emploi page 17

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 5
MS
ARAHAN PENGGUNAAN
Kateter Sementara Air Kencing Actreen® Hi-Lite
Intermittent Urinary Catheters) diindikasikan untuk pengkatereran sementara
air kencing pada pesakit yang menghidap masalah air kencing tertahan kronik
atau masalah membuang air kencing.
Actreen® Hi-Lite
ialah kateter steril, berpelincir dan sedia untuk digunakan.
Cath
1. PENYEDIAAN:
• Cuci tangan anda dengan teliti sebelum dan selepas pengkateteran, dan bersihkan
kawasan yang mengelilingi bukaan uretra.
• Sebelum membuka produk, periksa produk berada dalam keadaan baik dan pastikan
pelincir diratakan pada keseluruhan kateter dengan menyentuh kateter yang masih
berbungkus.
2. MEMBUKA PRODUK:
Atas sebab keselamatan dan kebersihan, anda dinasihatkan supaya
menggunakan produk secepat mungkin selepas ia dibuka.
Tanggalkan lapisan pelindung pada bahagian penyambung:
Pegang dan koyakkan lapisan pelindung pada tanda «1».
Tanggalkan lapisan pelindung pada bahagian kateter:
UNTUK TEKNIK MELIPAT TANPA SENTUHAN
• Pilihan 1: Pegang dan koyakkan lapisan pelindung pada tanda «A».
• Pilihan 2: Gunakan sebelah tangan untuk memegang kateter dan
masukkan ibu jari tangan sebelah lagi ke dalam lelubang pada tanda
«A» untuk menanggalkan lapisan pelindung*.
• Kemudian lipat sarung ke bawah membentuk lipatan akordian
tanpa menyentuh kateter.
UNTUK TEKNIK TANPA SENTUHAN RINGKAS
• Lepaskan sarung tanpa sentuhan yang boleh dialihkan dengan
memegang dan mengoyakkan lapisan pada tanda «B». Bahagian
yang boleh dialihkan ini akan melindungi kateter semasa
dikendalikan.
JIKA ANDA MAHU MELEPASKAN KESELURUHAN KATETER:
• Selepas menanggalkan lapisan pada tanda «1» daripada bahagian
penyambung, pegang kon dan keluarkan kateter daripada
pembungkus.
*Pilihan 2 mungkin lebih mudah jika anda kurang cekap.
(Actreen® Hi-Lite
Cath
Cath
3. PENGKATETERAN:
Actreen® Hi-Lite Cath boleh disambungkan kepada beg pengumpulan urin.
• Kateter Tiemann/Coudé : Untuk memasang kateter dengan betul, pastikan tanda pada
penyambung menunjuk ke atas.
LELAKI / WANITA
• Tekan secara manual pada bahagian bawah perut menghala ke hujung pengkateteran akan
memastikan pundi kencing dikosongkan sepenuhnya.
• Apabila pundi kencing kosong sepenuhnya, keluarkan kateter secara perlahan-lahan.
• Anda boleh menghalakan bahagian penyambung kateter ke atas semasa kateter dikeluarkan
untuk mengelakkan cecair dalam kateter menitik.
• Kemudian buang kateter menurut peraturan tempatan semasa.
20 cm - 7,5''
1
16 cm - 6"
1
LELAKI
• Gunakan sebelah tangan untuk memegang zakar mengarah ke atas
bagi mengurangkan kelengkungan uretra.
• Gunakan tangan sebelah lagi untuk memasukkan kateter ke
dalam uretra secara berhati-hati sehingga sampai ke pundi
kencing. Halakan zakar anda ke bawah sekiranya tertahan. Terus
memasukkan kateter sehingga urin mula mengalir.
WANITA
• Gunakan sebelah tangan untuk merenggangkan bibir luar vulva
untuk mengesan bukaan uretra. Dengan menggunakan sebelah
tangan lagi, masukkan kateter ke dalam uretra secara berhati-hati
sehingga sampai ke pundi kencing dan urin mengalir keluar.
Pengkateteran sendiri hanya boleh dibuat mengikut nasihat perubatan dan menurut
arahan yang diberikan.
A
41 cm - 16"
B
A
37 cm - 14.5"
17

Publicité

loading