124
Penggunaan kali pertama
NOTA
Kerosakan peralatan kerana sambungan
elektrik yang tidak mengikut piawaian!
Jika unit asas disambungkan ke saluran kuasa elektrik
yang tidak bersesuaian, ia akan rosak.
• Sambungkan Thermomix® TM6 hanya dengan voltan yang
ditunjukkan pada plat penarafan dan frekuensi utama.
NOTA
Kerosakan harta benda akibat wap panas!
Sekiranya anda meletakkan Thermomix® TM6 secara
langsung di bawah perabot (rak, kabinet dinding, dan
sebagainya), perabot tersebut boleh rosak akibat stim
yang terhasil.
• Posisikan Thermomix® TM6 dengan pelepasan yang
mencukupi ke bahagian atas dan sisi objek lain.
• Di samping itu, sila ambil kira ketinggian tambahan
Varoma®.
1. Letakkan alat ini Thermomix® TM6 diatas tempat yang bersih, kukuh dan
rata supaya ia tidak boleh menggelungsur.
2. Pastikan tiada kotoran (percikan gris atau sejenisnya) yang akan masuk
melalui bukaan pengudaraan di bahagian belakang unit asas.
3. Cabutkan filem pelindung dari paparan dan dari lengan mengunci.
4. Cabut kabel penyambung dari Thermomix® TM6 dan pasangkan
Thermomix® TM6 pada sumber bekalan elektrik.
5. Anda boleh menentukan sendiri berapa panjang kabel (sehingga 1 m) perlu
ditarik keluar. Sekiranya anda tidak memerlukan keseluruhan panjang
kabel tersebut, selebihnya dibiarkan tersembunyi di dalam Thermomix®
TM6.
6. Jangan letakkan unit asas diatas kabel sambungan kerana ini akan
menjejaskan kestabilannya dan fungsi penimbang Thermomix® TM6.
4.3
MENGOPERASIKAN ALAT UNTUK KALI
PERTAMA
Alat ini Thermomix® TM6 dikunci pekunci pengangkutan ketika dalam
penghantaran.
• Tekan pemilih Thermomix® TM6 untuk memulakan pengoperasian.
ð Pengunci pengangkutan akan terbuka secara automatik.
Apabila dihidupkan untuk kali pertama, Thermomix® TM6 anda secara
automatik membawa anda melalui tetapan asas. Ikuti arahan pada paparan.
Anda juga boleh menukar tetapan kemudian.
Butiran lanjut mengenai pilihan tetapan boleh didapati selepas selesai proses
ini di bawah
Menu utama > Bantuan > Panduan Penggunaan > Tetapan.
Thermomix®