Vorwerk THERMOMIX TM6 Manuel D'utilisation page 115

Masquer les pouces Voir aussi pour THERMOMIX TM6:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 4
Thermomix®
Bahaya pelecuran
akibat memasak terlalu
lama
Bahaya pelecuran
akibat limpahan bahan
isian panas!
Bahaya pelecuran
akibat wap panas!
Bahaya melepuh akibat
minyak panas!
Bahaya pelepuhan!
Khususnya, jika anda memasak berlainan dari garis panduan resepi
dengan bahan masakan yang banyak pada suhu tinggi (> 90 ° C),
kandungannya boleh menjadi terlalu panas, sehingga keluar dari
periuk pencampur dan mencederakan anda.
• Berhati-hati apabila bekerja dengan suhu yang tinggi.
• Sekiranya ia berlaku, tekan pemilih untuk mematikan Thermomix® TM6.
Kelajuan terlalu tinggi dalam kombinasi dengan suhu tinggi, bahan
masakan mungkin terpercik keluar dan menyebabkan kecederaan.
• Jangan gunakan mod Turbo dengan makanan panas atau cecair melebihi
60 ° C.
• Tingkatkan kelajuan sedikit demi sedikit ketika memproses bahan
makanan panas.
Ketika proses memasak, terutamanya apabila menggunakan fungsi
Varoma®, wap panas terhasil yang boleh menyebabkan pelecuran.
• Sila jauhkan diri dari wap.
• Jangan genggam cawan sukat semasa penyediaan makanan panas dan
jangan buka penutupnya. Sila pastikan wap boleh melepasi di antara
cawan sukat dan bukaan penutup.
• Pastikan beberapa slot dari bekas Varoma® dan pelantar memasak
Varoma® tidak dilindungi oleh bahan makanan agar membolehkan
pengeluaran wap stim.
• Pastikan bekas Varoma® diletakkan dengan betul di dalam periuk
memasak, supaya bekas Varoma® tersebut tidak terbalik. Jangan sesekali
meletakkan Varoma® diatas pengawal percikan.
• Sekiranya anda mengeluarkan Varoma® dari penutup periuk memasak,
pastikan Varoma® sentiasa ditutup dengan penutupnya.
• Apabila membuka penutup Varoma®, jauhkan penutup tersebut dari muka
dan badan anda untuk mengelakkan dari terkena wap panas.
Minyak akan dipanaskan ketika fungsi menggoreng. Campuran air-
minyak panas boleh mengakibatkan percikan minyak. Anda boleh
melepuh jika terkena minyak panas.
• Jangan tuangkan minyak yang panas ke dalam periuk memasak.
• Jangan panaskan minyak tanpa bahan tambahan. Sekiranya anda
terlambat menambah bahan-bahan tambahan, minyak panas tersebut
akan memercik dengan kuat.
• Pastikan menggunakan aksesori Thermomix® TM6 yang kering.
• Ikuti arahan pada paparan.
• Sentiasa letakkan penjaga percikan dengan betul pada penutup periuk
memasak, sebaik sahaja Thermomix® TM6 anda meminta anda berbuat
demikian.
• Pastikan bahawa tangan pengunci melindungi pengawal percikan.
Karamel menyimpan haba yang tinggi semasa dan selepas
penyediaan yang boleh menyebabkan pelepuhan.
• Sila berada didalam keadaan berhati-hati apabila menyediakan dan
memproses karamel.
115
ms

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières