Thermomix®
7.2
MEMBERSIHKAN UNIT ASAS
BAHAYA
Risiko renjatan elektrik disebabkan
kemasukan air!
Jika air bersentuhan dengan komponen berarus elektrik,
anda mungkin mendapat renjatan elektrik!
• Dilarang dilarang merendam unit asas dalam air atau apa-
apa cecair lain.
• Dilarang dari meletakkan unit asas di bawah air yang
mengalir.
• Dilarang dari menuangkan air ke atas unit asas.
• Tanggalkan plag utama sebelum membersihkan unit asas.
• Bersihkan unit asas dengan hanya dengan kain yang kering
atau lembap.
• Pastikan tiada air atau kotoran masuk ke dalam unit asas
perkakas.
• Dilarang dari menggunakan produk Thermomix® TM6 diluar
bangunan.
• Jika air masih masuk ke unit asas, hubungi bahagian
Khidmat Pelanggan Vorwerk anda.
1. Tanggalkan plag utama sebelum membersihkan unit asas.
2. Lap unit asas dengan kain dan pembersih yang tidak agresif.
3. Berhati-hati supaya tidak menggunakan terlalu banyak air untuk
mengelakkan kelembapan daripada memasuki bahagian dalam unit asas.
7.3
PENYELENGGARAAN BERKALA
Penyelenggaraan secara berkala akan meningkatkan jangka hayat Thermomix®
TM6 anda.
1. Periksa Thermomix® TM6 dan aksesori (termasuk periuk memasak, kabel
sambungan dan cecincin pengedap periuk pencampur) untuk kemungkinan
kerosakan.
2. Jangan menggunakan Thermomix® TM6 bersama aksesori yang rosak.
3. Periksa secara berkala samada ruang pengudaraan di bahagian belakang
dan bawah Thermomix® TM6 bebas dari apa-apa kotoran/objek untuk
mengelakkan kerosakan pada Thermomix® TM6.
4. Jika anda tidak menggunakan Thermomix® TM6 anda, sila cabut palam
sambungan elektrik.
5. Untuk pengudaraan yang lebih baik, Thermomix® TM6 pastikan pembukaan
periuk pencampur bebas apabila Thermomix® TM6 tidak digunakan.
7.3.1
PENUKARAN BILAH PENGISAR
Akibat dari penggunaan Thermomix® TM6 kerap untuk menghancurkan
makanan yang keras, pisau pengadun akan tumpul. Jadual berikut memberi
anda gambaran keseluruhan tentang panduan untuk menggantikan bilah
pengisar.
129
ms