Thermomix®
Risiko renjatan elektrik
disebabkan kemasukan
air!
Risiko kejutan elektrik
disebabkan sambungan
utama yang tidak betul!
Risiko renjatan elektrik
akibat kerosakan pada
unit asas atau kabel
penyambung!
2
UNTUK KESELAMATAN ANDA
Keselamatan maksimum adalah salah satu ciri produk Vorwerk. Walau
bagaimanapun, keselamatan produk Thermomix® TM6 hanya boleh dijamin
dengan mematuhi amaran dalam bab ini dan bab-bab berikutnya.
2.1
BAHAYA DAN ARAHAN KESELAMATAN
Jika air bersentuhan dengan komponen berarus elektrik, anda
mungkin mendapat renjatan elektrik!
• Dilarang dilarang merendam unit asas dalam air atau apa-apa cecair lain.
• Dilarang dari meletakkan unit asas di bawah air yang mengalir.
• Dilarang dari menuangkan air ke atas unit asas.
• Tanggalkan plag utama sebelum membersihkan unit asas.
• Bersihkan unit asas dengan hanya dengan kain yang kering atau lembap.
• Pastikan tiada air atau kotoran masuk ke dalam unit asas perkakas.
• Dilarang dari menggunakan produk Thermomix® TM6 diluar bangunan.
• Jika air masih masuk ke unit asas, hubungi bahagian Khidmat Pelanggan
Vorwerk anda.
Sambungan utama yang tidak betul dipasang mungkin
mengakibatkan ranjatan elektrik.
• Pengendalian unit asas hanya pada sambungan pendawaian yang
menurut piawaian.
Sekiranya unit utama atau kabel penyambungnya rosak, anda
mungkin boleh terkena renjatan elektrik.
• Periksa unit asas, kabel penyambung dengan palam dan aksesori secara
berkala teratur untuk mengesan kerosakan.
• Pastikan kabel penyambung tidak menyentuh permukaan panas dan
sumber haba luaran.
• Jangan gunakan Thermomix® TM6 bersama dengan kabel penyambung
yang telah rosak.
• Jangan gunakan unit asas jika ia telah terjatuh atau telah mengalami apa-
apa kerosakan.
• Sekiranya berlaku kerosakan kepada unit asas atau kabel penyambung,
hantarkan Thermomix® TM6 anda ke pusat khidmat pelanggan Vorwerk
untuk pemeriksaan, pembaikan, penyesuaian elektrik dan mekanikal.
• Jika kabel penyambung elektrik unit asas telah rosak, ia mesti diganti oleh
pengeluar, perkhidmatan baik pulihnya atau orang yang berkelayakan
untuk mengelakkan bahaya.
• Dilarang untuk cuba membaiki unit asas sendiri.
• Dilarang sama sekali menyentuh mana-mana pin periuk memasak melalui
lubang-lubang diunit asas, dan dilarang juga dari memasukkan objek
melalui bukaan ini.
113
ms