Télécharger Imprimer la page

IKEA KORPON Mode D'emploi page 71

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 8
Jangan letak makanan yang berlebihan pada gril
masak - jarakkan makanan dengan sekata di atas
permukaan gril.
PENTING - Pastikan barbeku diletakkan di atas
tapak yang rata, mendatar bagi memudahkan
lemak/gris mengalir.
Jangan guna barbeku di ruang yang terkurung dan/
atau dihuni cth. rumah, khemah, karavan, rumah
bergerak, bot. Bahaya kematian akibat keracunan
karbon monoksida.
SENARAI CIRI-CIRI
Penomboran ciri produk seperti yang ditunjukkan
merujuk pada ilustrasi barbeku pada muka surat
grafik.
1. Gril masak
2. Lubang
3. Dulang arang
4. Badan barbeku.
ARAHAN PENGGUNA
Sebelum meneruskan, pastikan yang anda faham
kenyataan AMARAN di dalam manual ini.
Jangan sesekali menggunakan sebarang alat masakan
di atas permukaan gril masak (1) bagi mengelakkan
permukaan menjadi rosak.
Penyediaan sebelum memasak - Bagi mengelakkan
makanan daripada melekat pada gril masak, gunakan
berus dengan pemegang yang panjang untuk
menyapukan sedikit salutan minyak masak atau sayuran
sebelum setiap sesi barbeku.
Nota: Semasa memasak menggunakan barbeku anda
buat pertama kali, cat pada bahagian luar barbeku
mungkin berubah sedikit, akibat suhu yang tinggi. Ini
adalah normal dan sememangnya dijangkakan.
Menyalakan barbeku
Tempatkan lapisan arang yang sekata kira-kira 3.4 sm / se
dalam 1.2 - 1.6 di atas dulang arang.
Sapukan gel nyalaan pada arang dengan berhati-hati.
Nyalakan arang dengan penirus yang panjang atau
mancis.
Apabila api mula malap, periksa yang arang mula
menyala merah.
Disarankan agar arang kekal merah untuk kira-kira
selama 30-40 minit sebelum memasak di atas barbeku.
Jangan mula masak sehingga terdapat salutan abu
kelabu pada arang.
Selesai Sesi Memasak
Gunakan kain yang lembap dengan air suam berserta
cecair pencuci untuk membersihkan barbeku. Jangan
gunakan bahan yang mengakis.
Barbeku akan rosak jika pencuci yang mengakis atau
objek tajam digunakan untuk membersihkannya.
Keselamatan Makanan
Sila baca dan patuhi nasihat ini apabila memasak barbeku
anda:
Sentiasa cuci tangan anda sebelum dan selepas
mengendalikan daging mentah dan sebelum makan.
Sentiasa letakkan daging mentah jauh daripada
daging masak dan makanan lain.
Sebelum memasak, pastikan permukaan gril barbeku
serta peralatannya bersih dan bebas daripada sisa
makanan lama.
Jangan gunakan peralatan yang sama untuk
mengendalikan makanan yang telah dimasak dan
belum dimasak.
Pastikan semua daging dimasak sepenuhnya sebelum
menikmatinya.
Untuk mengelakkan risiko daging tidak masak
sepenuhnya, belah daging untuk memastikan
bahagian dalamnya masak.
Masakan awal untuk daging yang lebih besar
disyorkan sebelum anda memasaknya di atas
barbeku.
Selepas memasak di atas barbeku anda, sentiasa
bersihkan permukaan gril memasak dan peralatan.
Penjagaan, Penyenggaraan dan Storan
Bersihkan barbeku anda dengan kerap di antara
penggunaan dan terutamanya selepas disimpan
lama.
Pastikan barbeku dan komponennya cukup sejuk
sebelum dibersihkan.
Jangan sesekali menyimbah barbeku dengan air
apabila permukaannya panas.
Jangan sesekali mengendalikan bahagian yang panas
dengan tangan yang tidak beralas.
Jangan biarkan barbeku anda terdedah apabila
tidak digunakan. Simpan barbeku anda di dalam
bangsal atau garaj apabila tidak digunakan untuk
mengelakkan kesan cuaca, terutamanya jika anda
tinggal berdekatan kawasan pantai.
Pendedahan berterusan kepada cahaya matahari,
air, udara laut/air laut boleh menyebabkan kerosakan
kepada barbeku anda. (Penutup mungkin tidak cukup
untuk melindungi barbeku anda dalam sesetengah
situasi ini.)
Bagi memanjangkan hayat dan mengekalkan keadaan
barbeku anda, kami mengesyorkan anda menutupnya
dengan sarung apabila dibiarkan di luar bangunan,
tanpa mengira berapa lama ia berada di luar,
terutamanya ketika bulan musim sejuk.
• Sebelum barbeku disimpan, pastikan semua baki
abu atau arang dibersihkan.
71

Publicité

loading