PENSIJILAN
R129/03
SOLUTION Z I-FIX
CYBEX Solution Z i-Fix
100 – 150 cm
Disyorkan daripada umur
kira-kira 3 tahun hingga
12 tahun
Terima kasih kerana memilih Solution Z i-Fix apabila memilih kerusi keselamatan
kanak-kanak anda.
Baca panduan pengguna ini dengan teliti sebelum memasang kerusi keselamatan
kanak-kanak di kenderaan anda dan sentiasa simpan di dalam ruang penyimpanan
panduan pengguna yang ditetapkan (a).
MAKLUMAT PENTING
Tanpa kelulusan Lembaga Kelulusan Jenis, kerusi kanak-kanak tidak boleh
•
diubah suai atau ditambahkan dalam apa-apa cara sekali pun.
Untuk terus melindungi anak anda dengan baik, penting untuk anda
•
menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak seperti yang diterangkan
dalam Panduan pengguna.
Kerusi keselamatan kanak-kanak ini hanya boleh dipasang pada kerusi
•
kenderaan yang diluluskan untuk kegunaan kerusi keselamatan kanak-kanak
mengikut manual kenderaan.
Hanya sesuai untuk kerusi kenderaan yang mempunyai tali pinggang keledar
•
tiga titik automatik yang diluluskan mengikut peraturan UN 16 atau standard
yang setanding.
Jangan gunakan sebarang titik sentuh galas muatan selain daripada
•
yang diterangkan dalam Panduan pengguna dan ditandakan pada kerusi
keselamatan kanak-kanak.
Permukaan penuh penyandar belakang kerusi kanak-kanak mesti menyentuh
•
penyandar belakang kenderaan.
Tali bahu keledar mesti dilalukan ke arah atas dan di belakang tempat
•
condongnya. Tali bahu keledar itu tidak boleh sekali-kali dilalukan ke depan ke
titik atas tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda.
Specific Vehicle
Booster Seat
100-150 cm
030036
UN Regulation
No. 129/03
Cybex GmbH
Riedingerstr. 18, 95448 Bayreuth
Germany
Kancing tali pinggang keledar kenderaan tidak sekali-kali boleh menyilangi
•
panduan tali pinggang keledar kerusi tersebut. Jika libas tali pinggang keledar
terlalu panjang, kerusi kanak-kanak tidak sesuai untuk digunakan dalam
kedudukan ini di dalam kenderaan. Sekiranya ragu-ragu sila hubungi pembuat
kerusi keselamatan kanak-kanak ini.
Tali pinggang keledar tiga titik kenderaan mesti hanya dilalukan melalui turutan
•
yang ditetapkan. Turutan tali pinggang keledar diterangkan secara terperinci
dalam manual ini dan ditandakan dengan warna hijau pada kerusi kanak-kanak.
Tali riba keledar mesti dilalukan serendah yang mungkin menyilangi lipatan
•
paha anak anda untuk memperoleh kesan optimum sekiranya berlaku
kemalangan.
Sebelum setiap penggunaan pastikan tali pinggang keledar tiga titik
•
kenderaan dilaraskan dengan betul dan dilekapkan dengan ketat pada badan
kanak-kanak. Jangan sekali-kali pintal tali pinggang keledar itu!
Hanya penyandar kepala yang dilaraskan secara optimum boleh menawarkan
•
perlindungan dan keselesaan yang maksimum kepada anak anda sambil
memastikan tali bahu keledar dipasang dengan baik.
Kerusi kanak-kanak mesti sentiasa disemat dengan betul menggunakan tali
•
pinggang keledar kenderaan di dalam kenderaan meskipun apabila tidak
digunakan.
Sentiasa pastikan bahawa kerusi kanak-kanak tidak pernah tersangkut semasa
•
menutup pintu kereta atau melaraskan kerusi belakang.
Kerusi kanak-kanak juga diuji dan diluluskan tanpa Pelindung Impak Sisi Linear.
•
Bagasi atau mana-mana objek lain yang ada dalam kenderaan perlu sentiasa
•
berada di kedudukannya dengan kemas. Jika tidak, objek tersebut mungkin
tercampak di dalam kereta, yang boleh menyebabkan kecederaan maut.
Kerusi kanak-kanak tidak sekali-kali boleh digunakan tanpa pelapik kerusi.
•
Pastikan hanya pelapik kerusi CYBEX asli digunakan, kerana pelapik ialah
elemen penting daripada fungsi kerusi.
Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda tanpa pengawasan di dalam kereta.
•
Bahagian dalam kerusi keselamatan kanak-kanak boleh menjadi panas di
•
bawah sinaran matahari dan berkemungkinan boleh menyebabkan kulit anak
anda melecur. Lindungi anak dan kerusi kanak-kanak anda daripada terdedah
kepada pancaran matahari.
Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan pada kerusi kanak-kanak
•
yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Sila gantikan kerusi selepas
kemalangan. Sekiranya ragu-ragu, sila rujuk wakil penjual anda atau pengeluar.
MS
107