MELARASKAN PENYANDAR KEPALA
Penyandar Kepala (2) boleh dilaraskan dengan menggunakan pelaras
ketinggian penyandar kepala (4) di bahagian belakang penyandar kepala (2).
Laraskan penyandar supaya ada jarak maksimum 2 cm (anggaran lebar 2 jari)
di antara bahu kanakkanak dan penyandar kepala itu.
Ketinggian penyandar kepala masih boleh dilaraskan semasa kerusi kanak
kanak dipasang di dalam kereta.
MOD PEMASANGAN YANG BETUL
100 cm – 150 cm
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN ANAK
1. Letakkan tali riba keledar ke dalam Panduan Tali Riba Keledar berwarna
hijau (7) kerusi kanakkanak itu.
2. Tarik tali bahu keledar untuk mengetatkan tali riba keledar.
3. Pada sisi kerusi kereta di sebelah kancing tali pinggang keledar, tali bahu
keledar dan tali riba keledar mesti dimasukkan sekali ke dalam Panduan Tali
Riba Keledar (7).
4. Masukkan tali bahu keledar melalui Panduan Tali Bahu Keledar (5)sehingga
ia berada di dalam panduan tali pinggang keledar.
5. Pastikan tali bahu keledar menyilangi tulang selangka (klavikel) anak anda
dan tidak menyentuh leher anak anda. Jika perlu, laraskan ketinggian
Penyandar Kepala Boleh Laras (2) untuk menukar kedudukan tali pinggang
keledar.
MELARASKAN KEDUDUKAN REBAH
1. Untuk meletakkan kerusi kanakkanak dalam keadaan baring, tekan Butang
Laras Kedudukan (14) pada sebelah bawah bahagian depan peninggi (3).
2. Untuk mengembalikan kerusi kanakkanak daripada keadaan baring kepada
keadaan duduk, tekan Butang Laras Kedudukan (14) sekali lagi dan tolak
kerusi kanakkanak perlahanlahan ke atas kepada peninggi (3).
PERLINDUNGAN IMPAK SISI LINEAR (L.S.P)
Jika Perlindungan Impak Sisi (6) menyebabkan masalah pada pintu kereta
atau ruang kerusi penumpang menjadi sempit, ia boleh ditanggalkan. Untuk
melakukannya, tekan Butang Pelepas Perlindungan Impak Sisi (13). Untuk
mencapai butang ini, pelapik penyandar belakang perlu ditanggalkan. Untuk
memasang L.S.P. semula (6) kepada kerusi kanakkanak, ikut arahan untuk
menanggalkannya dalam urutan berlawanan.
PENYANDAR KEPALA BOLEH CONDONG
Penyandar Kepala Boleh Condong (15) membantu untuk menghalang kepada
kanakkanak daripada tertunduk ke depan secara berbahaya semasa tidur.
Penyandar boleh ditetapkan pada tiga kedudukan.
Tolak Penyandar Boleh Condong (15) ke depan sehingga kedudukan yang
diingini dicapai.
Kepala kanakkanak hendaklah sentiasa menyentuh Penyandar Kepala
Boleh Condong.
MENANGGALKAN DAN MEMASANG SEMULA PELAPIK KERUSI
Pelindung kerusi kanakkanak terdiri daripada tiga bahagian (penyandar
kepala, penyandar belakang dan perangsang). Bahagian ini berada pada
kedudukannya di beberapa tempat menggunakan stad tekan dan gelung
getah. Apabila semua lekapan telah dilepaskan, bahagian berasingan pada
pelapik boleh ditanggalkan.
Untuk memasang semula pelapiknya pada kerusi, ikut arahan pengeluaran
mengikut urutan terbalik.
Pelapiknya hanya boleh dibasuh pada suhu 30 °C dengan program basuh
lembut, jika tidak fabrik pelapik itu akan berubah warna. Sila basuh pelapik
secara berasingan daripada pakaian lain dan jangan keringkan di dalam
mesin pengering atau di bawah sinaran matahari!
MS
113