• Melipat dan membuka lipatan papan kereta
sorong kanak-kanak ini hendaklah dilakukan
dengan berhati-hati untuk mengelakkan jari
terperangkap. Bagi mengelak kecederaan,
pastikan anak anda berada jauh semasa
membuka dan melipat produk ini.
• Jangan benarkan kanak-kanak gantung
pada bar hendal kereta sorong kanak-kanak
• Sentiasa pegang bar hendal kerusi sorong
kanak-kanak semasa kanak-kanak menggu-
nakan "Thule Rider Board".
• Bagi mengelakkan kecederaan, pastikan
kanak-kanak sentiasa memegang bar hendal
kereta sorong kanak-kanak dan berdiri di
atas "Thule Rider Board" dengan kedua-dua
belah kaki.
• Sebelum penggunaan pertama, pastikan ter-
dapat ruang yang mencukupi untuk kanak-
kanak berdiri dengan selesa di antara kereta
sorong kanak-kanak dan bar hendal.
• Jangan biarkan mana-mana bahagian
badan kanak-kanak, pakaian, tali kasut atau
permainan tersentuh dengan bahagian yang
bergerak.
• Jangan benarkan kanak-kanak mengguna-
kan "Thule Rider Board" berkaki ayam.
• Sentiasa pasang brek parkir semasa melet-
akkan atau mengangkat keluar kanak-kanak.
• Jangan gunakan "Thule Rider Board" untuk
menolak kereta sorong kanak-kanak seperti
papan luncur.
• Jangan naik turun bebendul jalan atau
tangga semasa kanak-kanak berada di atas
"Thule Rider Board".
• Gunakan "Thule Rider Board" untuk men-
gangkut hanya seorang kanak-kanak.
28
• Jangan guna jika mana-mana komponen
rosak, koyak atau hilang.
• "Thule Rider Board" tidak sesuai untuk
kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.
• Produk ini akan menjadi tidak stabil jika mel-
ebihi muatan yang disyorkan oleh pengilang.
• Jangan gunakan "Thule Rider Board" bersa-
ma-sama dengan "Thule Cup Holder".
• Periksa "Thule Rider Board" secara kerap
sebelum guna, dan jangan guna jika mana-
mana bahagian adalah longgar atau hilang
atau jika terdapat tanda-tanda kerosakan.
• Tidak selamat untuk menggunakan sebarang
aksesori atau alat ganti yang tidak diluluskan
oleh Thule. Hanya gunakan alat ganti yang
dihantar atau diluluskan oleh pengilang.
• Bersihkan "Thule Rider Board" dengan kain
dan air suam. Keringkan dengan kain yang
kering.
• Hanya gunakan "Thule Rider Board" dengan
model kereta sorong kanak-kanak yang di-
luluskan sahaja, sila semak Thule.com untuk
mendapatkan model kereta sorong kanak-
kanak yang serasi.
• Sebelum digunakan, pastikan tiada kord atau
gelung longgar yang dipasang pada kerusi
sorong kanak-kanak yang boleh menjerat
atau melemaskan anak anda
• Untuk mengelakkan bahaya terbelit, SEN-
TIASA pastikan tali elastik disambungkan
pada kedua-dua kereta sorong kanak-kanak
dan "Thule Rider Board".
5561308001