jangan rendamkan di dalam air.
PERHATIAN: Jangan biarkan peranti Suunto anda direndam di dalam air (untuk membilas). Kitaran
penyelenggaraan ialah 500 jam menyelam atau dua tahun, mana-mana yang berlaku terlebih dahulu. Sila
bawa peranti anda ke pusat servis Suunto rasmi.
TUJUAN PENGGUNAAN
Suunto Race merupakan jam tangan sukan yang menjejak pergerakan anda dan metrik lain, seperti
kadar denyut jantung dan kalori. Anda boleh menggunakan peranti anda sebagai peralatan selam pilihan
semasa berada di dalam air sehingga kedalaman maksimum 10 meter. Peranti ini bukanlah komputer
selam atau produk kendiri untuk mengukur sebarang aktiviti selam skuba yang bertauliah. Suunto Race
adalah untuk kegunaan rekreasi sahaja dan bukan untuk tujuan perubatan dalam apa-apa jua bentuk.
KADAR DENYUT JANTUNG OPTIK
Pengukuran kadar denyut jantung optik daripada pergelangan tangan ialah kaedah yang mudah dan
senang untuk mengesan kadar denyut jantung anda. Hasil yang terbaik untuk mengukur kadar denyut
jantung mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
• Jam tangan hendaklah dipakai dan menyentuh kulit anda secara langsung. Tidak ada pakaian yang
boleh berada di antara sensor dan kulit anda, walaupun nipis.
• Jam tangan mungkin perlu dipakai lebih tinggi pada lengan anda berbanding apabila memakai jam
tangan biasa. Sensor membaca aliran darah melalui tisu. Semakin banyak tisu yang dapat dibaca,
semakin baik.
• Pergerakan lengan dan penggunaan otot, seperti mencengkam raket tenis, boleh mengubah ketepatan
bacaan sensor.
• Apabila kadar denyut jantung anda rendah, sensor mungkin tidak dapat memberikan bacaan yang
stabil. Lakukan sedikit pemanasan badan sebelum anda mula merekod untuk membantu mendapatkan
bacaan yang tepat.
• Pigmentasi kulit dan tatu menghalang cahaya dan menyebabkan bacaan yang kurang tepat daripada
sensor optik.
• Sensor optik mungkin tidak memberikan bacaan kadar denyut jantung yang tepat untuk aktiviti
berenang dan selam bebas.
• Untuk mendapatkan ketepatan yang lebih tinggi dan tindak balas yang lebih cepat terhadap perubahan
kadar denyut jantung anda, kami mengesyorkan supaya menggunakan sensor kadar denyut jantung
dada yang serasi seperti Suunto Smart Sensor.
124