Bahasa Malaysia
Barbeku arang GRILLSKÄR
AMARAN
Kegagalan untuk membaca dan mengikuti
manual dan amaran keselamatan yang terkandung
di dalam ini mungkin boleh mengakibatkan
kecederaan fizikal yang serius atau kematian,
atau kebakaran atau letupan yang menyebabkan
kerosakan harta benda. Simbol keselamatan
(
) akan memberitahu anda maklumat
keselamatan yang penting.
Produk ini untuk KEGUNAAN LUAR SAHAJA.
JANGAN SESEKALI gunakan di ruang tertutup
seperti bangsal kereta, garaj, beranda, laman
berbumbung atau di bawah apa jua jenis struktur
atas.
Jangan terlebih isi dulang arang dengan
arang atau membiarkan arang menyentuh badan
barbeku.
Barbeku ini hendaklah dipasangkan pada
paras dasar yang kukuh sebelum digunakan.
Jangan sesekali mengendalikan bahagian
yang panas dengan tangan yang yang tidak
dilindungi.
Jangan gunakan di dalam.
Jika digunakan di dalam, wasap toksik boleh
terkumpul dan menyebabkan kecederaan fizikal
atau kematian.
Hanya gunakan hanya di luar di dalam
kawasan yang cukup diudarakan. Jangan guna di
dalam garaj, bangunan, ruang lega atau mana-
mana kawasan yang tertutup.
PERHATIAN! Berbeku ini tidak harus
digunakan di bawah binaan atas yang mudah
terbakar.
AMARAN! Barbeku ini akan menjadi sangat
panas. Jangan cuba untuk memindahkannya
semasa ia sedang digunakan.
AMARAN! Jauhkan daripada kanak-kanak dan
haiwan peliharaan.
100
Sebarang pengubahsuaian pada barbeku ini
boleh mendatangkan bahaya.
Jangan biarkan barbeku ini tanpa jagaan
semasa sedang digunakan.
Sentiasa ikuti arahan penjagaan dan
penyenggaraan - dan kerap senggara barbeku
anda.
Semasa menempatkannya, pastikan barbeku
berjarak minimum 1 meter daripada benda atau
struktur mudah terbakar.
Jangan tambahkan cecair nyala atau arang
yang telah menyerap cecair tersebut pada arang
yang hangat atau panas.
Jangan keluarkan abu sehingga semua arang
hangus dan barbeku tersebut sejuk sepenuhnya.
Jangan memakai pakaian berlengan panjang
atau longgar apabila menggunakan barbeku.
Jangan gunakan barbeku ketika angin bertiup
kuat.
Jangan sentuh barbeku dengan tangan anda
untuk memeriksa jika ia panas.
Jangan gunakan air untuk mengawal nyalaan
atau untuk memadamkan arang.
Sentiasa padamkan arang apabila anda
selesai memasak.
Sarung tangan barbeku haruslah sentiasa
digunakan ketika memasak, menyalakan
atau melaraskan pengudaraan dan ketika
mengendalikan barbeku.
Gunakan peralatan barbeku yang betul ketika
memasak.
Jangan buang arang yang panas di kawasan
yang boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Jangan simpan atau menutup barbeku
sehinggalah barbeku sejuk sepenuhnya.
Barbeku ini tidak direka bentuk untuk
penggunaan di kenderaan rekreasi atau bot.