Télécharger Imprimer la page

Suunto 9 PEAK OW194 Mode D'emploi page 115

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 13
TUJUAN PENGGUNAAN MAKLUMAT KESELAMATAN
DAN KAWAL SELIA
SUUNTO 9 PEAK merupakan jam tangan sukan yang menjejaki pergerakan
anda dan metrik-metrik lain, seperti kadar denyut jantung dan kalori.
SUUNTO 9 PEAK adalah untuk kegunaan rekreasi sahaja dan bukan untuk
tujuan perubatan dalam apa jua bentuk.
KADAR DENYUT JANTUNG OPTIK
Pengukuran kadar denyut jantung optik dari pergelangan tangan adalah
kaedah yang mudah dan senang untuk mengesan kadar denyut jantung.
Hasil yang terbaik untuk mengukur kadar denyut jantung mungkin
dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
• Jam tangan hendaklah dipakai dan menyentuh kulit anda secara
langsung. Tidak ada pakaian, walaupun nipis, boleh berada di antara
sensor dan kulit anda.
• Jam tangan mungkin perlu dipakai lebih tinggi pada lengan anda
berbanding apabila memakai jam tangan biasa. Sensor membaca aliran
darah melalui tisu. Semakin banyak tisu yang dapat dibaca, semakin baik.
• Pergerakan lengan dan penggunaan otot, seperti mencengkam raket
tenis, boleh mengubah ketepatan bacaan sensor.
• Apabila kadar denyut jantung anda rendah, sensor mungkin tidak dapat
memberikan bacaan yang stabil. Lakukan sedikit pemanasan badan
sebelum anda memulakan rakaman boleh membantu mendapatkan
bacaan yang tepat.
MY
115

Publicité

loading