Télécharger Imprimer la page

Cybex Silver Solution M-Fix Mode D'emploi page 109

Masquer les pouces Voir aussi pour Solution M-Fix:

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 13
PENSIJILAN
UN R-44/04
SOLUTION M-fix
CYBEX SOLUTION M-FIX
ECE-R44-04
UNIVERSAL
– kumpulan 2/3, 15 hingga 36 kg
SEMI-UNIVERSAL
15 – 36 kg
Disyorkan daripada umur kira-kira
3 tahun hingga 12 tahun
04301314
CYBEX GmbH
Riedinger Str. 18, 95448 Bayreuth
Germany
Terima kasih kerana memilih Solution M-Fix sebagai pilihan kerusi
keselamatan kanan-kanak anda.
Baca panduan pengguna ini dengan teliti sebelum memasang kerusi
keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan anda dan sentiasa simpan
di dalam ruang penyimpanan panduan pengguna yang ditetapkan (a).
MAKLUMAT PENTING
Tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Kelulusan Jenis, kerusi keselamatan
kanak-kanak mungkin tidak diubah suai atau ditambah dalam apa-apa cara.
Untuk terus melindungi anak anda dengan baik, penting untuk anda
menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak seperti yang diterangkan
dalam panduan pengguna.
Kerusi keselamatan kanak-kanak ini hanya boleh dipasang pada kerusi
kenderaan yang diluluskan untuk kegunaan sistem halangan kanak-kanak
mengikut manual kenderaan.
Hanya sesuai untuk kerusi kenderaan yang mempunyai tali pinggang
keledar tiga titik automatik yang diluluskan mengikut Peraturan UN No.16
atau standard yang setanding.
Jangan gunakan sebarang titik sentuh galas muatan selain daripada yang
diterangkan dalam panduan pengguna dan ditandakan pada halangan
kanak-kanak.
Permukaan penuh penyandar belakang kerusi keselamatan kanak-kanak
mesti menyentuh penyandar belakang kenderaan.
Tali bahu keledar mesti dilalukan ke arah atas dan di belakang tempat
condongnya. Tali bahu keledar itu tidak boleh sekali-kali dilalukan ke depan
ke titik atas tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda.
Kancing tali pinggang keledar kenderaan tidak sekali-kali boleh bersilang
dengan panduan tali pinggang keledar kerusi tersebut. Jika libas tali
pinggang keledar terlalu panjang, kerusi keselamatan kanak-kanak tidak
sesuai untuk digunakan dalam kedudukan ini di dalam kenderaan. Sekiranya
ragu-ragu sila hubungi pembuat kerusi keselamatan kanak-kanak ini.
Tali pinggang keledar tiga titik kenderaan mesti hanya dilalukan melalui
turutan yang ditetapkan. Penghalaan tali pinggang keledar diterangkan
secara terperinci dalam manual ini dan ditandakan dengan warna merah
pada kerusi keselamatan kanak-kanak.
Tali riba keledar mestilah diletakkan betul-betul di bawah melintangi lipatan
paha anak anda untuk kesan yang optimum sekiranya berlaku kemalangan.
Sebelum setiap penggunaan pastikan tali pinggang keledar tiga titik
kenderaan dilaraskan dengan betul dan dilekapkan dengan ketat pada
badan kanak-kanak. Jangan sekali-kali pintalkan tali pinggang keledar itu!
Hanya penyandar kepala yang dilaraskan secara optimum boleh
menawarkan perlindungan dan keselesaan yang maksimum kepada anak
anda sambil memastikan tali keledar bahu dipasang dengan baik.
Kerusi keselamatan kanak-kanak mesti sentiasa disemat dengan betul
menggunakan tali pinggang keledar kenderaan tiga titik di dalam kenderaan
meskipun apabila tidak digunakan.
Sentiasa pastikan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak tidak pernah
tersangkut semasa menutup pintu kereta atau melaraskan kerusi belakang.
Untuk kerusi keselamatan kanak-kanak memberikan perlindungan terbaik,
sentiasa gunakan Perlindungan Impak Sisi Linear (L.S.P.). ke sisi pintu
yang terdekat.
Jika menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak di kerusi tengah
bangku belakang kenderaan, Perlindungan Impak Sisi Linear (L.S.P.) tidak
boleh dibuka lipatannya.
Kerusi keselamatan kanak-kanak juga telah diuji dan diluluskan untuk
penggunaan tanpa Perlindungan Impak Sisi Linear (L.S.P.) dilipat keluar.
Bagasi atau mana-mana objek lain di dalam kenderaan perlu sentiasa
berada pada kedudukannya dengan kemas. Jika tidak, ia akan tercampak
dalam kenderaan, yang boleh menyebabkan kecederaan yang boleh
membawa maut.
Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh digunakan tanpa pelindung
kerusi. Pastikan hanya pelapik kerusi CYBEX asli digunakan, kerana pelapik
ialah elemen penting daripada fungsi kerusi.
Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda tanpa pengawasan dalam kenderaan.
Bahagian sistem halangan kanak-kanak boleh menjadi panas apabila
terdedah kepada cahaya matahari terus dan boleh membakar kulit anda.
Lindungi anak anda dan kerusi keselamatan kanak-kanak daripada
pendedahan cahaya matahari terus.
Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan kepada kerusi keselamatan
kanak-kanak yang tidak boleh dikenal pasti dengan mata kasar. Sila
gantikan kerusi keselamatan kanak-kanak selepas kemalangan. Sekiranya
ragu-ragu, sila rujuk wakil penjual anda atau pembuat.
MS
107

Publicité

loading