ARAHAN KESELAMATAN
Sila baca dan patuhi kesemua arahan untuk mengelakkan
kemungkinan kecederaan dan kerosakan� Simpan
arahan-arahan ini dan serahkannya kepada mana-mana
pemilik berikutnya�
Elakkan risiko renjatan elektrik dan kebakaran maut
• Hanya sambungkan pangkalan kepada soket kuasa elektrik dibumikan
yang sesuai. Pastikan voltan sumber kuasa adalah sama seperti yang
dinyatakan pada plat penarafan.
• Perkakas ini hanya boleh digunakan bersama pangkalan yang
disediakan.
• Penggunaan aksesori-aksesori tambahan tidak digalakkan untuk
perkakas kerana boleh menyebabkan kebakaran, renjatan elektrik atau
kecederaan kepada orang.
• Untuk memutuskan sambungan perkakas, hentikan apa-apa
penyediaan, kemudian keluarkan palam dari soket kuasa elektrik.
9182_UM_AEROCCINO3_Z2_JAB.indd 113
Arahan-arahan ini adalah
sebahagian daripada perkakas�
• Putuskan sambungan dengan menarik keluar palam dan bukan
menarik kabel itu sendiri, kerana ini boleh merosakkan kabel.
• Jangan tarik kabel pada sisi-sisi yang tajam, mengapitkannya atau
membenarkannya tergantung ke bawah. Pastikan kabel jauh dari haba
dan kelembapan.
• Untuk mengelakkan bahaya, jangan letak perkakas di atas atau di
sebelah permukaan panas, sebagai contoh, radiator, atas dapur,
pembakar gas atau serupanya.
• Jangan kendalikan perkakas dengan wayar atau palam yang rosak atau
jika perkakas telah mengalami kerosakan, telah terjatuh atau rosak
dalam apa-apa cara. Wayar, palam atau perkakas yang rosak boleh
menyebabkan renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran. Bawa perkakas
ke kemudahan / pusat perkhidmatan berdaftar yang terdekat untuk
pemeriksaan, pembaikan, atau pelarasan elektrikal atau mekanikal.
• Wayar bekalan kuasa yang pendek mengurangkan risiko yang
disebabkan wayar terbelit atau tersandung akibat wayar yang panjang.
• Wayar yang lebih panjang (atau yang boleh dipisahkan) boleh
digunakan jika penggunaannya dilakukan dengan cermat, dan:
MY
113
24.04.17 15:11