jenis bateri lain. Mengecas bateri jenis kimia yang lain boleh mengakibatkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda. Hubungi pengeluar bateri sebelum
cuba mengecas bateri. Peranti Perubatan. Jangan mengecas perentak jantung atau peranti perubatan lain. Produk boleh memancarkan medan elektromagnet.
Produk mengandungi komponen magnet yang boleh mengganggu perentak jantung, defibrilator, atau peranti perubatan yang lain. Medan elektromagnet ini mungkin
mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan lain. Rujuklah dengan doktor anda sebelum digunakan sekiranya anda mempunyai sebarang peranti perubatan
termasuk alat perentak jantung. Jika anda mengesyaki produk mengganggu peranti perubatan, berhenti menggunakan produk dengan serta-merta dan dapatkan
nasihat doktor anda. Keadaan Perubatan. Sekiranya anda mempunyai sebarang keadaan perubatan yang anda percaya boleh dipengaruhi oleh produk, termasuk
tetapi tidak terhad kepada; sawan, pitam, keletihan mata atau sakit kepala, sila berjumpa dengan doktor anda sebelum menggunakan produk. Pembersihan.
Matikan produk sebelum melakukan sebarang penyelenggaraan atau pembersihan. Bersihkan dan keringkan dengan segera jika ia terkena cecair atau sebarang jenis
bahan cemar. Gunakan kain lembut, bebas bulu (microfiber). Elakkan terkena kelembapan pada bukaan. Persekitaran Mudah Meletup. Patuhi semua tanda dan
arahan. Jangan kendalikan produk di mana-mana kawasan dengan persekitaran yang berpotensi untuk mudah meletup, termasuk kawasan mengisi bahan api atau
kawasan yang mengandungi bahan kimia atau zarah seperti butir, habuk atau serbuk logam. Aktiviti Berisiko Tinggi. Produk ini tidak bertujuan untuk penggunaan
di mana kegagalan produk boleh membawa kepada kecederaan, kematian atau kerosakan persekitaran yang teruk. Gangguan Frekuensi Radio. Produk direka,
diuji, dan dikeluarkan untuk mematuhi peraturan yang mengawal pancaran frekuensi radio. Pancaran sedemikian daripada produk boleh menjejaskan operasi
peralatan elektronik lain, yang menyebabkan kerosakan. Nombor Model: Genius 2D Peranti ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC. Operasi adalah tertakluk
kepada dua syarat berikut: (1) peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima,
termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini. NOTA: Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital Kelas A,
menurut Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberikan perlindungan munasabah terhadap gangguan yang berbahaya apabila peralatan dikendalikan
dalam persekitaran komersil. Peralatan ini menjana, menggunakan, dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio dan jika tidak dipasang dan digunakan mengikut
maual arahan, ia boleh menyebabkan gangguan berbahaya kepada komunikasi radio. Pengendalian peralatan ini di kawasan kediaman mungkin menyebabkan
gangguan berbahaya di mana pengguna dikehendaki membetulkan gangguan menggunakan perbelanjaan mereka sendiri.