Télécharger Imprimer la page

TEFAL ixeo+ QT15XX Mode D'emploi page 7

Publicité

• Berhati-hati semasa menggunakan perkakas kerana terdapat
pengeluaran stim
• Cabut perkakas semasa sedang pembersihan & pengisian
• Perkakas tidak boleh digunakan jika telah terjatuh, kelihatan
rosak, bocor atau tidak berfungsi dengan betul.
• Jangan cuba membuka perkakas anda: bawa perkakas anda
ke pusat perkhidmatan yang diperakui untuk mengelakkan
sebarang bahaya.
• Jika kabel kuasa atau kabel stim perkakas anda rosak, kabel
tersebut mestilah digantikan oleh pusat perkhidmatan yang
diperakui untuk mengelakkan sebarang bahaya.
• Sebelum menyimpan perkakas, sebaik sahaja palam dicabut, sila
tunggu sehingga perkakas sejuk sepenuhnya (kira-kira 1 jam).
• Semua aksesori, bahagian isian semula dan yang boleh ditanggalkan mestilah dibeli hanya dari pusat perkhidmatan yang diperakui.
• Untuk keselamatan anda, perkakas ini mematuhi semua peraturan yang berkenaan (Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnet dan
Arahan Alam Sekitar dll.).
• Perkakas anda ialah perkakas elektrik: perkakas tersebut mestilah digunakan dalam keadaan penggunaan biasa.
• Perkakas ini dilengkapi dengan 2 sistem keselamatan (bergantung pada model):
– injap untuk mengelakkan tekanan terkumpul yang membolehkan stim berlebihan dilepaskan sekiranya perkakas rosak,
– fius terma untuk mengelakkan pemanasan melampau.
• Sentiasa pasangkan perkakas anda:
– pada litar utama dengan voltan antara 220 V hingga 240 V (Arus berselang-seli sahaja),
– pada soket alur keluar dengan sambungan bumi.
• Sambungan yang salah boleh menyebabkan kerosakan pada perkakas yang tidak dapat dibaiki dan akan menjadikan jaminan anda tidak sah.
• Jika anda menggunakan kabel sambungan, pastikan anda menggunakan kabel terkadar yang betul (16A) dengan sambungan bumi dan
disambungkan sepenuhnya.
• Buka kabel kuasa sepenuhnya sebelum memasang kabel ke dalam soket palam yang dibumikan.
• Jangan sesekali sentuh kabel kuasa atau kabel stim dengan tapak perkakas. Jangan tinggalkan kabel kuasa atau kabel stim berdekatan
atau bersentuhan dengan sumber haba atau bucu yang tajam.
• Air di dalam perkakas mungkin masih panas dan menyebabkan kelecuran walaupun telah menyejuk selepas 2 jam. Kendalikan perkakas
dengan berhati-hati apabila penutup/pengumpul ditanggalkan, terutamanya ketika anda sedang mengosongkan perkakas.
• Perkakas anda mengeluarkan stim yang boleh menyebabkan kelecuran.
– Kendalikan seterika dengan berhati-hati, terutamanya ketika menggunakan fungsi stim menegak.
– Jangan sesekali stim pakaian yang sedang dipakai oleh seseorang, sentiasa stim pada penyangkut.
– Jangan sesekali seterika dalam keadaan duduk dengan kaki anda berada di bawah papan seterika.
– Jangan sesekali halakan stim kepada orang atau haiwan.
• Semasa kali pertama perkakas digunakan, mungkin terdapat sedikit penolakan zarah, asap dan bau tetapi ini tidak berbahaya.
• Jangan sesekali rendam perkakas anda di dalam air atau sebarang cecair lain. Jangan sesekali letakkan perkakas di bawah air paip.
• Berhati-hati semasa pemasangan produk & papan untuk mengurangkan risiko (bergantung pada model)
• Jangan sesekali letakkan seterika secara mendatar pada papan seterika, sentiasa gunakan tempat meletak seterika. Begitu juga, jangan
sesekali letakkan tapak yang terpisah pada papan seterika (bergantung pada model)
Notis penting untuk perkakas ≥ 2200W sahaja:
Dalam keadaan arus utama yang tidak baik, fenomena seperti penurunan voltan sementara atau turun naik pencahayaan
boleh berlaku. Oleh itu, anda disyorkan supaya menyambungkan seterika pada sistem bekalan kuasa dengan impedans
maksimum 0,29 Ω. Jika perlu, pengguna boleh meminta maklumat impedans sistem pada titik antara muka daripada syarikat
bekalan kuasa awam.
12
Apakah jenis air yang perlu saya gunakan?
• Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip yang tidak dirawat. Jika air anda sangat liat, (tahap keliatan
melebihi 30°F atau 17°dH atau 21°e) gunakan campuran 50% air paip dan 50% air suling. Di sesetengah kawasan tepi laut,
kandungan garam mungkin tinggi. Dalam keadaan sedemikian, hanya gunakan botol air dengan paras mineral yang rendah.
• Air tersebut terdiri daripada jenis air yang dilembutkan dan kebanyakannya boleh digunakan untuk perkakas anda. Walau bagaimanapun,
sesetengahnya, khususnya yang mempunyai komponen kimia seperti garam, mungkin mengalir dalam warna putih atau perang. Jika anda
menghadapi masalah seperti ini, kami mengesyorkan agar anda menggunakan air paip yang tidak dirawat atau air botol.
• Anda tidak boleh menggunakan air daripada perkakas domestik dengan bahan tambahan (kanji, minyak wangi dll.) , air
hujan, dimasak, ditapis, air botol. Jangan gunakan air suling tulen atau air yang dinyahgalian. Air sedemikian mungkin akan
mempengaruhi atribut stim dan pada suhu yang tinggi akan menghasilkan endapan ruang stim yang boleh mengotorkan
linen anda dan menyebabkan penuaan peralatan awal.
INGAT ARAHAN INI
Bantu melindungi alam sekitar!
 Perkakas anda mengandungi beberapa bahan yang boleh dipulihkan atau dikitar semula.
 Bawa item ini ke pusat pengumpulan atau pusat perkhidmatan yang diperakui untuk pemprosesan.
Pencarisilapan masalah dengan perkakas anda
MASALAH
PUNCA
Air menitis daripada lubang
Air telah memeluwap di dalam tiub
tapak
kerana anda menggunakan penstim
buat kali pertama atau telah lama
tidak menggunakannya.
Tapak tidak cukup panas untuk
menghasilkan stim.
Kesan air kelihatan pada
Alas papan seterika anda tepu
pakaian
dengan air kerana alas tidak sesuai
untuk kapasiti perkakas anda.
Coret berwarna putih menitis
Dandang anda mengeluarkan kerak
daripada lubang tapak
kerana tidak dibilas dengan kerap.
Coret berwarna perang
Anda menggunakan agen
menitis daripada lubang
penyahkerakan kimia atau bahan
tapak dan mengotorkan
tambahan di dalam air.
pakaian
Tapak kotor atau perang dan
Perkakas digunakan pada suhu yang
mungkin meninggalkan kesan
terlalu tinggi.
pada pakaian
Tapak tercalar atau rosak
Anda telah meletakkan seterika
anda secara mendatar pada tempat
meletak seterika logam.
Lampu penanda merah
Anda tidak mengisi tangki air.
"WATER" berkelip*
Anda tidak menekan butang OK.
Lampu penanda "anti-scale"
Anda tidak menekan butang OK.
berkelip*
Perkakas tidak boleh
Sistem auto-off diaktifkan selepas
dihidupkan atau lampu
perkakas tidak digunakan dan
penanda seterika dan lampu
dimatikan.
penanda "ON-OFF" tidak
menyala.*
Lampu penanda merah
Perkakas telah disimpan di tempat
WATER" berkelip dan butang
yang sejuk (kira-kira <10C°)
"ONOFF" tidak berfungsi.*
Bunyi kuat daripada perkakas.
Air di dalam tangki tidak mencukupi.
*Bergantung pada model
PENYELESAIAN
Tekan butang stim jauh dari papan seterika anda
sehingga seterika mengeluarkan stim.
Tetapkan perkakas kepada zon stim* (lihat manual
pengguna).
Pastikan anda menggunakan papan seterika yang
sesuai ( papan seterika jejaring yang menghalang
pemeluwapan).
Bilas dandang seperti yang diarahkan dalam manual
pengguna.
Jangan sesekali tambahkan sebarang produk ke dalam
dandang (lihat bahagian Apakah jenis air yang perlu
saya gunakan?)
Bersihkan tapak seperti yang diarahkan dalam manual
pengguna. Gunakan suhu yang lebih rendah.
Sentiasa letak seterika anda pada tumitnya atau pada
tempat meletak seterika.
Isi tangki air dan tekan butang OK yang terletak pada
panel kawalan sehingga lampu penanda terpadam.
Tekan butang OK yang terletak pada panel kawalan
sehingga lampu penanda terpadam.
Tekan butang OK yang terletak pada panel kawalan
sehingga lampu penanda terpadam.
Tekan butang mulakan semula ON-OFF yang terletak
pada panel kawalan.
Cabut perkakas. Biarkan perkakas selama 3 jam
sehingga suhu sekeliling dicapai.
Isi tangki.
13

Publicité

loading