Télécharger Imprimer la page

TEFAL ixeo+ QT15XX Mode D'emploi page 6

Publicité

Keselamatan Penting
cadangan
Arahan keselamatan
dan garis panduan
• Baca manual arahan dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas anda buat kali pertama. Produk ini direka bentuk
untuk penggunaan dalam rumah dan dalam bangunan sahaja.
Sebarang penggunaan komersial, penggunaan yang tidak
sesuai atau kegagalan untuk mematuhi arahan, pengilang tidak
akan bertanggungjawab dan jaminan tidak akan terpakai.
• Perkakas tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan semasa
disambungkan pada bekalan kuasa utama.
• Jangan cabut palam perkakas dengan menarik kabel kuasa. Sentiasa
cabut perkakas anda:
– sebelum mengisi tangki air atau membilas dandang
– sebelum membersihkan perkakas,
– selepas setiap penggunaan.
• Jangan sesekali isi perkakas terus daripada paip.
• Perkakas tidak boleh berfungsi tanpa pengumpul kerak
(bergantung pada model).
• Perkakas ini mestilah digunakan dan diletakkan pada permukaan
yang rata, stabil dan tahan panas.
• Apabila anda meletakkan seterika pada dirian atau pada tapak
yang terpisah, pastikan permukaan untuk meletakkan dirian
atau tapak tersebut adalah stabil.
• Jangan letakkan tapak yang terpisah pada alas papan seterika
atau pada permukaan yang lembut.
• Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh individu
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria
atau mental atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
melainkan mereka diawasi oleh orang yang bertanggungjawab
terhadap keselamatan mereka.
MS
10
• Kanak-kanak mestilah diawasi untuk memastikan bahawa
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
• Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 8
tahun dan ke atas serta individu yang kurang pengalaman atau
pengetahuan atau yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
mental, dengan syarat mereka telah diberikan arahan menyeluruh
tentang penggunaan perkakas ini, diawasi dan memahami
risiko yang terlibat. Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan
perkakas ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
• Jauhkan perkakas dan kabel kuasa daripada capaian kanak-
kanak yang berumur bawah 8 tahun apabila perkakas sedang
digunakan atau sedang disejukkan.
Permukaan perkakas anda boleh mencapai suhu
yang sangat tinggi semasa digunakan, yang boleh
menyebabkan kelecuran. Jangan sentuh permukaan
panas perkakas (bahagian logam dan bahagian plastik
bersebelahan bahagian logam yang boleh dicapai).
• Adalah sangat penting untuk tidak menggunakan produk
penyahkerakan (cuka, penyahkerakan industri dll.) untuk
membilas dandang, kerana tindakan ini boleh merosakkan
dandang. (bergantung pada model)
• Sebelum mengosongkan dandang/membilas pengumpul,
sentiasa tunggu sehingga perkakas telah sejuk dan dicabut
lebih daripada 2 jam sebelum melonggarkan penutup saliran/
pengumpul.
• Awas: Jika penutup atau penutup saliran rosak, minta gantian
daripada pusat perkhidmatan yang diperakui.
• Pengisian atau penyahkapuran atau pembilasan atau bukaan
pemeriksaan yang dalam tekanan, tidak boleh dibuka ketika
penggunaan.
• Jangan gunakan produk penyahkapuran lain selain yang
dinyatakan dalam Arahan penggunaan
11

Publicité

loading