Télécharger Imprimer la page

TEFAL IS3380 Mode D'emploi page 40

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 15
Tip-tip untuk menggunakan alat penstim pakaian dengan lebih baik
• Kami mencadangkan bahawa label penjagaan pakaian diperiksa supaya cadangan
pengeluar diketahui sebelum proses penstiman dimulakan. Kami juga mengesyorkan
supaya anda terlebih dahulu menguji pakaian dan kekuatan warna pada bahagian-
bahagian pakaian yang tidak dapat dilihat seperti jahitan dalaman.
• Butangkan kolar baju untuk mengelakkan daripada tergelincir daripada penyangkut
semasa penstiman.
• Tekan berus alat stim pada kain secara perlahan-lahan.
• Jangan biarkan kepala alat stim bersentuhan dengan kain sutera atau baldu.
• Sesetengah pakaian lebih senang dilicinkan jika diterbalikkan.
• Kain yang lebih tebal mungkin perlu distimkan untuk jangka masa yang lebih panjang.
• Jika anda perlu menggunakan kepala stim berhampiran lantai, selalu tinggikan hos
pada kedudukan menegak untuk mengelakkan pemeluwapan. Bunyi degukan boleh
kedengaran jika paip fleksibel dicubit.
• Jika tiada stim dihasilkan, jika bunyi degukan kedengaran atau jika air menitis melalui
lubang-lubang kepala alat stim, naikkan hos stim dengan segera untuk mengeluarkan
pemeluwapan dalaman.
Penyelarasan stim*
Perkakas anda dipasang dengan 2 tetapan stim yang boleh tetapkan mengikut fabrik yang anda stim,
iaitu daripada pakaian lembut ke tebal.
• Model-model dengan 2 jenis penyelarasan: setkan dengan menekan butang penyelarasan stim pada
panel kawalan perkakas secara berturut-turut.
AKSESORI
Pastikan plag unit dicabut daripada sumber tenaga dan unit dibiarkan menyejuk dengan
sepenuhnya sebelum aksesori dipasangkan.
Sebelum menggunakan aksesori, baca cadangan pengeluar.
1 • Penyokong menegak untuk penekanan dan penstiman*
Set sistem Penekanan dan Penstiman pada penyangkut membolehkan sokongan menegak
semasa penstiman untuk menolong menghilangkan kedutan dengan lebih senang dan
efisyen.
Pemasangan:
• Tanggalkan penyokong menegak Penekanan dan Penstiman daripada kantung*
• Pastikan tiang teleskopik dihulurkan dengan sepenuhnya.
• Pegang aksesori penyokong menegak Penekanan dan Penstiman* supaya pemegang berada ke bawah
dan logo "Press and Steam" berada di hadapan.
• Masukkan bahagian atas ke dalam penyangkut, kemudian tarik ke bawah sehingga pemegang
38
WARNA CERAH
Oren
Hijau
KELUARAN STIM
Mini
Maxi
(gambarajah 15)
* Mengikut model

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Is3300Is3380k1Is3361g0