ARAHAN KESELAMATAN
Sila baca arahan berikut dengan teliti sebelum
penggunaan kali pertama dan simpan di tempat
yang selamat.
• Jangan biarkan perkakas tanpa pengawasan jika
disambung dengan sumber tenaga, walaupun untuk
masa yang singkat, khasnya dalam kehadiran kanak-
kanak.
• Sentiasa cabutkan perkakas daripada soket elektrik:
sebelum mengisi dengan air, atau semasa dibilas,
sebelum pembersihan dan selepas digunakan.
• Berhati-hati semasa menggunakan perkakas
disebabkan penghasilan stim panas.
• Perkakas ini tidak sepatutnya digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) dengan keadaan fizikal,
deria atau keadaan mental yang kurang, atau yang
kurang berpengalaman dan berpengetahuan,
kecuali jika mereka diawasi atau diberi arahan
mengenai penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
• Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak yang
berumur lebih daripada 8 tahun serta orang yang
mempunyai keadaan fizikal, deria atau mental yang
berkurangan, atau yang kurang berpengalaman
dan berpengetahuan, hanya jika mereka diawasi
atau diberi arahan mengenai penggunaan perkakas
ini mengikut cara yang selamat dan jika mereka
memahami segala bahaya yang berkenaan.
• Kanak-kanak mesti diawasi supaya mereka tidak
bermain dengan perkakas.
MS
MS
33