BaHasa MElayu
40
All manuals and user guides at all-guides.com
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas itu.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian kanak-kanak. Jangan
biarkan kord sesalur tergantung melepasi pinggir meja atau
permukaan kerja. Kord yang berlebihan boleh disimpan di dalam atau
di keliling tapak perkakas.
-
Jauhkan kord, tapak dan perkakas daripada permukaan panas.
-
Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur, plag, tapak atau perkakas itu
sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke dalam air atau cecair
-
lain.
-
Cerek ini dimaksudkan hanya untuk mendidihkan air. Jangan
gunakannya untuk memanaskan sup atau cecair lain, mahupun
makanan di dalam balang, botol atau tin.
-
Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur yang parah.
Berhati-hati semasa cerek mengandungi air panas.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek sehingga melebihi penunjuk paras
maksimum. Jika cerek terlebih diisi, air yang sedang mendidih mungkin
terpancut keluar dari muncung lalu menyebabkan kelecuran.
-
Jangan buka tudung semasa air sedang mendidih. Berhati-hati apabila
membuka tudung sejurus selepas air mendidih: stim yang keluar dari
cerek sangat panas.
-
Jangan sentuh badan cerek semasa dan beberapa ketika selepas
menggunakannya, kerana ia sangat panas. Sentiasa pegang cerek pada
pemegangnya.
-
Sentiasa pastikan air di dalam cerek menutupi sekurang-kurangnya
bahagian bawah cerek untuk mengelakkan cerek daripda mengering.
-
Bergantung pada keliatan air di kawasan anda, bintik-bintik kecil
mungkin muncul pada unsur pemanas cerek apabila anda
menggunakannya. Fenomena ini adalah hasil penimbunan kerak pada
unsur pemanas dan pada permukaan dalam cerek selepas beberapa
lama. Semakin tinggi keliatan air, semakin cepat kerak menimbun.
Kerak boleh berlaku dalam warna-warna yang berbeza. Walaupun