Philips HR7770 Mode D'emploi page 42

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 11
BaHasa MElayu
42
1
Letak pemegang alat ke dalam mangkuk dan letakkan pemegang
sisipan bersama sisipan penghirisan pada pemegang alat.
Petua: Gunakan sisipan penghirisan halus untuk mendapatkan hirisan yang
nipis.
2
Letak tudung di atas mangkuk dan tetapkannya ('klik'). Hiris timun.
Lihat bab 'Menggunakan perkakas' di bawah 'Sisipan penghirisan dan
pemayangan' bagi kelajuan yang sesuai.
Nota: Jangan tekan penolak terlalu kuat apabila anda menekan timun ke
dalam tiub suapan.
3
Letak timun yang telah dihiris ke dalam mangkuk hidangan.
4
Letak pemegang alat ke dalam mangkuk dan letakkan unit pisau
pada pemegang alat.
5
Letakkan parsli ke dalam mangkuk. Tutup dan kunci tudung ('klik').
6
Cincang parsli. Putarkan pemilih kelajuan kepada P (kedudukan
denyut) agar dapat mengawal proses cincang dengan lebih baik.
7
Masukkan yogurt, mustard, garam dan lada hitam dan proses selama
beberapa saat lagi sehingga campuran homogen diperolehi.
8
Campurkan sos dengan hirisan timun dan sejukkan salad timun
dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Krim putar
Ramuan:
-
250ml krim segar
1
Sejukkan krim selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum diproses.
2
Letak pemegang alat ke dalam mangkuk dan letakkan cakera
pengemulsi pada pemegang alat.
3
Masukkan krim ke dalam mangkuk.
4
Letak tudung ke atas mangkuk dan tetapkannya ('klik'). Proseskan
krim sehingga konsistensi yang dikehendaki diperolehi. Pilih tetapan
kelajuan yang sepadan dengan warna aksesori.
Petua: Sejukkan krim putar sebelum menghidang. Anda boleh menghidang
krim putar di atas kek, ais krim, buahan, kopi atau menggunakannya sebagai
inti untuk kek, dll.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières