Télécharger Imprimer la page

IKEA UTRUSTA Mode D'emploi page 129

Masquer les pouces Voir aussi pour UTRUSTA:

Publicité

Bahasa Malaysia
Tanda amaran dan simbol bahaya
AMARAN menunjukkan bahaya yang boleh
membawa kepada kematian atau kecederaan
serius jika tidak diendahkan.
NOTA menunjukkan maklumat yang perlu
diikuti.
Keselamatan
UTRUSTA mematuhi standard keselamatan semasa.
Walaupun begitu, terdapat risiko pengendalian
tertentu yang terlibat sekiranya arahan dalam risalah
ini tidak dipatuhi. Perlu diketahui bahawa IKEA tidak
bertanggung jawab ke atas kerosakan sampingan
atau turutan yang mungkin timbul disebabkan
dengan tidak mematuhi risalah arahan ini.
Am
PERHATIAN
Peranti hanya boleh disambungkan ke bekalan
kuasa yang sesuai dengan jenis dan frekuensi yang
tertera pada tag bersiri (lihat unit bekalan kuasa).
Palam utama dan unit bekalan kuasa mesti mudah
diakses.
Sama ada unit bekalan kuasa ataupun sebarang
pengkabelan sepatutnya boleh bersentuhan
dengan bahagian yang bergerak.
Jarak keselamatan 30 mm mesti dikekalkan untuk
peredaran udara; jika tidak, terdapat risiko bahawa
unit bekalan kuasa boleh menjadi terlalu panas
Jangan tutup unit bekalan kuasa dengan tuala
atau barangan lain atas sebab bahaya pemanasan
lampau.
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak
berumur 8 tahun dan ke atas dan mereka yang
kurang keupayaan fizikal, penderiaan dan mental
atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diberi penyeliaan dan arahan
tentang penggunaan perkakas melalui cara yang
selamat dan memahami bahaya yang terlibat.
Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan
perkakas ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa
pengawasan
Jepun: Perkakas ini tidak dikhususkan untuk
digunakan oleh orang (termasuk anak-anak) yang
memerlukan bantuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan tentang penggunaan
alatan ini oleh orang yang bertanggung jawab ke
atas keselamatannya.
Tujuan kegunaan
UTRUSTA membantu pembukaan laci dan hanya boleh
digunakan di bawah syarat-syarat berikut:
Di bilik yang kering, terkepung.
Melalui kombinasi dengan sistem tarik keluar
dari dalam lingkungan spesifikasi teknikal yang
dibenarkan.
Perabot hendaklah terpasang dengan teguh pada
dinding agar ia tidak terbalik.
IKEA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
penggunaan lain.
Penggunaan
PERHATIAN
Haus pramatang bagi UTRUSTA disebabkan oleh
penggunaan yang tidak betul.
Jangan tekan/tolak secara paksa bertentangan
dengan arah pergerakan apabila membuka atau
menutup laci.
Sila pastikan penampan jarak dipasang pada
bahagian hadapan.
Untuk memastikan laci tidak boleh diaktifkan
secara tidak sengaja, kami mengesyorkan anda
menyambungkan unit bekalan kuasa ke alur keluar
suis.
Perubahan struktur dan alat ganti
AMARAN
Perubahan struktur dan alat ganti yang tidak
diluluskan oleh pengeluar mempengaruhi
keselamatan dan fungsi UTRUSTA dan oleh itu
tidak dibenarkan.
Produk seperti yang dibekalkan kepada pelanggan
tidak boleh diubah.
Hanya gunakan alat ganti yang asli.
Kanak-kanak
AMARAN
Membuka laci boleh mengakibatkan risiko
kecederaan pada kanak-kanak.
Kanak-kanak hendaklah diawasi dengan baik
semasa berada di bilik agar mereka tidak bermain
dengan peranti tersebut.
Bagi memastikan yang UTRUSTA tidak terpicu
secara tidak sengaja, salur keluar bersuis
hendaklah dimatikan.
Penjagaan dan pembersihan kabinet
AMARAN
Terdapat bahaya kejutan elektrik jika cecair
menyerap ke dalam unit bekalan kuasa.
Sebelum bahagian depan dibersihkan, matikan
salur keluar yang bersambung pada unit bekalan
kuasa.
Sebelum membersihkan unit pemacu dan/atau
unit bekalan kuasa, cabut unit bekalan kuasa
daripada sumber kuasa.
129

Publicité

loading