Télécharger Imprimer la page

Thule 5560060001 Mode D'emploi page 64

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 4
B.2 Muatan berkenaan tidak boleh melebihi lebar pembawa muatan, dan ia
hendaklah sentiasa disebarkan secara sekata pada seluruh pembawa
muatan dan mempunyai pusat graviti yang terendah mungkin.
B.3 Apabila membawa beberapa papan luncur, papan-papan ini hendaklah
ditempatkan sebelah menyebelah dan bukan bertindan.
B.4 Semasa membawa papan luncur dan item panjang yang lain, ia perlu
diikat di depan dan juga belakang kenderaan.
B.5 Ski mesti dibawa dengan hujung yang tajam menghala ke belakang
kenderaan.
B.6 Semua bahagian yang longgar atau boleh tanggal muatan seperti
tempat duduk basikal kanak-kanak, pam tayar, sirip dan sebagainya
hendaklah ditanggalkan sebelum muatan dibuat.
B.7 Muatan mesti diikat dengan kemas. Lelabah elastik tidak boleh
digunakan.
B.8 Keselamatan muatan hendaklah diperiksa selepas jarak yang singkat,
dan selepas itu pada selang jarak yang sesuai. Ketatkan strap yang
mengikat muatan bila perlu.
PERHATIAN! Sentiasa periksa keselamatan ikatan muatan.
C.0 Sifat dan peraturan memandu
C.1
Kelajuan kenderaan mesti sentiasa dilaraskan mengikut muatan yang
dibawa dan keadaan memandu semasa, seperti jenis jalan raya, kualiti
jalan raya, keadaan angin, keamatan lalu-lintas dan had laju yang berkuat
kuasa, tetapi tidak boleh sekali-kali dalam apa jua keadaan sekali pun
melebihi 130 km/j. Had laju dan peraturan lalu lintas yang berkuat kuasa
mestilah sentiasa dipatuhi.
C.2 Pandu perlahan-lahan semasa melalui bonggol kelajuan, kelajuan
maksimum 10 km/j.
C.3 Sedari bahawa ketinggian keseluruhan kenderaan bertambah apabila
muatan menegak dibawa.
C.4 Ciri-ciri pemanduan kenderaan dan tingkah laku membrek berubah dan
kerentanan terhadap angin sisi meningkat apabila muatan dibawa di
atas bumbung.
C.5 Produk yang terpasang dengan kunci hendaklah sentiasa dikunci
sepanjang pengangkutan.
C.6 Sesuaikan kelajuan anda dengan keadaan jalan raya dan muatan yang
dibawa, periksa ketegangan pembawa muatan dengan kerap, khususnya
semasa melalui jalan yang kasar.
D.0 Penyelenggaraan
D.1
Periksa dan ganti bahagian yang telah lusuh atau rosak.
D.2 Pembawa muatan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diselenggara,
khususnya pada musim dingin.
D.3 Apabila tidak digunakan, produk ini hendaklah ditanggalkan daripada
kenderaan.
D.4 Apabila produk ini ditanggalkan daripada kenderaan, semua bahagian
yang ditanggalkan hendaklah disimpan dengan selamat.
64
5560060001

Publicité

loading