Télécharger Imprimer la page

Thule 5560060001 Mode D'emploi page 63

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 4
MS
A.0 Pemasangan
A.1
Semak arahan pemasangan bagi memastikan semua bahagian yang
perlu ada.
A.2 Bersihkan bumbung kereta dan bahagian yang akan bersentuh
dengan bumbung sebelum digunakan dan dengan kerap sepanjang
penggunaan.
A.3 Semak lalu dan ikuti dengan teliti arahan pemasangan dan senarai
saranan, jika disertakan. Kemudian pasangkan unit dalam aturan yang
betul, iaitu 1, 2, 3 dan seterusnya.
A.4 Jika tiada kedudukan pemasangan khusus diberi dalam arahan
pemasangan, cuba kekalkan jarak minimum 700 mm di antara bar
pembawa muatan.
A.5 Sewaktu membawa muatan panjang, jarak di antara bar pembawa
hendaklah tidak kurang daripada 600 mm.
A.6 Setiap kali unit dipasang, periksa untuk memastikan bahawa pembawa
muatan terletak dengan sempurna dan terkunci rapat di atas bumbung.
Cuba tolak dan tarik pembawa daripada kedudukannya yang terkunci.
Cuba juga untuk menarik tab penegangan dari pinggir bumbung. Jika anda
boleh menggerakkan mana-mana bahagian unit, pembawa beban mesti
dipasangkan dengan lebih ketat. Ujian ini perlu dikendalikan dengan kerap.
A.7 Sesetengah jenis bumbung matahari dan antena radio boleh digunakan
apabila pembawa dipasang.
A.8 Pemasangan rak bumbung dibenarkan pada kereta yang mempunyai
bumbung kaca, melainkan dinyatakan secara khusus sebaliknya dalam
arahan pemasangan.
A.9 Pengilang boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan harta
atau kehilangan barang berharga disebabkan oleh pemasangan atau
penggunaan produk yang salah.
A.10 Tiada pengubahsuaian kepada produk dibenarkan.
A.11 Rujuk pada pengedar anda jika anda ada apa-apa soalan mengenai
operasi dan had produk. Semak semua arahan dan maklumat waranti
dengan teliti.
A.12 Sila pertimbangkan undang-undang dan peraturan di negara yang anda
bertujuan untuk menggunakan produk
A.13 Sentiasa memastikan rak bumbung atau aksesori lain yang dipasang
pada bumbung tidak menganggu apa-apa bumbung matahari/
bumbung panorama/bumbung kaca pada kereta yang boleh dibuka.
B.0 Memuat
B.1
Muatan maksimum yang ditetapkan dalam arahan pemasangan tidak
boleh dilampaui. Walau bagaimanapun, had ini sentiasa diatasi oleh
muatan maksimum yang disyorkan oleh pengilang kereta itu sendiri.
Muatan maksimum yang disyorkan yang lebih rendah adalah muatan
maksimum disyorkan yang terpakai. Muatan bumbung maks. = berat
pembawa muatan + apa-apa aksesori pembawa yang dipasangkan +
berat muatan itu sendiri.
5560060001
63

Publicité

loading