Jangan lakukan
• Jangan sekali-kali biarkan perkakas tanpa pemantauan semasa
perkakas dipasang atau digunakan.
• Untuk mengelakkan perkakas daripada menjadi terlampau panas,
jangan letakkan perkakas di sudut atau rapatkan perkakas ke dinding.
• Jangan sekali-kali letakkan perkakas terus pada permukaan yang
mudah rosak (meja kaca, alas meja, perabot yang bervarnis dll.) atau
pada permukaan yang lembut seperti pengelap pinggan.
• Jangan sekali-kali letakkan perkakas pada atau berdekatan dengan
permukaan yang panas atau licin; jangan sekali-kali biarkan kabel
terjuntai di atas sumber panas (plat panas, dapur gas dll.)
• Jangan letakkan perkakas memasak pada permukaan memasak
perkakas.
• Jangan sekali-kali gunakan pisau terus pada plat.
• Jangan letakkan plat pada permukaan yang mudah rosak atau di
bawah air semasa plat masih panas.
• Jangan alihkan perkakas semasa perkakas sedang digunakan.
• Jangan gunakan kerajang aluminium atau benda lain di antara plat
dengan makanan yang sedang dimasak.
• Jangan masak makanan dalam kerajang aluminium.
• Untuk mengelakkan kerosakan produk, jangan gunakan resipi flambé
yang berkaitan dengan produk pada bila-bila masa.
• Jangan gunakan alat penggosok logam atau serbuk penyental untuk
mengelakkan kerosakan permukaan memasak.
• Jangan keluarkan dulang pengumpul minyak semasa memasak.
• Jika dulang pengumpul minyak penuh semasa memasak, biarkan
kandungan sejuk sebelum mengosongkan dulang.
Nasihat / maklumat
• Demi keselamatan anda, perkakas ini mematuhi semua kawalan
& standard yang berkaitan (Arahan Voltan Rendah, Keserasian
Elektromagnetik, Bahan Patuh Makanan, Persekitaran, ...).
• Semasa kegunaan pertama, mungkin terdapat sedikit bau dan asap.
• Jangan makan makanan yang bersentuhan dengan bahagian yang
ditandakan dengan logo
• Jika palam penyambung mudah alih tidak diletakkan dengan betul,
sistem keselamatan akan menghalang perkakas daripada berfungsi.
• Peranti akan sedia untuk digunakan selepas dipanaskan.
.
MY
108