Télécharger Imprimer la page

Noco GENIUS10EU Guide D'utilisation Et Garantie page 267

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 12
(suhu purata di bawah hud). Jangan melebihi 80ºC dalam keadaan apa pun. Keserasian. Produk ini serasi dengan bateri Asid Pumbum, AGM dan Litium berkadar 6V
& 12V sahaja. Jangan cuba gunakan produk dengan jenis bateri lain. Mengecas bateri jenis kimia yang lain boleh mengakibatkan kecederaan, kematian atau kerosakan
harta benda. Hubungi pengeluar bateri sebelum cuba mengecas bateri. Peranti Perubatan. Jangan mengecas perentak jantung atau peranti perubatan lain. Produk
boleh memancarkan medan elektromagnet. Produk mengandungi komponen magnet yang boleh mengganggu perentak jantung, defibrilator, atau peranti perubatan
yang lain. Medan elektromagnet ini mungkin mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan lain. Rujuklah dengan doktor anda sebelum digunakan sekiranya
anda mempunyai sebarang peranti perubatan termasuk alat perentak jantung. Jika anda mengesyaki produk mengganggu peranti perubatan, berhenti menggunakan
produk dengan serta-merta dan dapatkan nasihat doktor anda. Pembersihan. Matikan produk sebelum melakukan sebarang penyelenggaraan atau pembersihan.
Bersihkan dan keringkan dengan segera jika ia terkena cecair atau sebarang jenis bahan cemar. Gunakan kain lembut, bebas bulu (microfiber). Elakkan terkena
kelembapan pada bukaan. Persekitaran Mudah Meletup. Patuhi semua tanda dan arahan. Jangan kendalikan produk di mana-mana kawasan dengan persekitaran
yang berpotensi untuk mudah meletup, termasuk kawasan mengisi bahan api atau kawasan yang mengandungi bahan kimia atau zarah seperti butir, habuk atau serbuk
logam. Aktiviti Berisiko Tinggi. Produk ini tidak bertujuan untuk penggunaan di mana kegagalan produk boleh membawa kepada kecederaan, kematian atau
kerosakan persekitaran yang teruk. Gangguan Frekuensi Radio. Produk direka, diuji, dan dikeluarkan untuk mematuhi peraturan yang mengawal pancaran frekuensi
radio. Pancaran sedemikian daripada produk boleh menjejaskan operasi peralatan elektronik lain, yang menyebabkan kerosakan. Nombor Model: Genius10 Peranti
ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC. Operasi adalah tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya, dan (2)
peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini. NOTA: Peralatan ini telah
diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital Kelas A, menurut Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberikan perlindungan munasabah terhadap
gangguan yang berbahaya apabila peralatan dikendalikan dalam persekitaran komersil. Peralatan ini menjana, menggunakan, dan boleh memancarkan tenaga frekuensi
radio dan jika tidak dipasang dan digunakan mengikut maual arahan, ia boleh menyebabkan gangguan berbahaya kepada komunikasi radio. Pengendalian peralatan ini
di kawasan kediaman mungkin menyebabkan gangguan berbahaya di mana pengguna dikehendaki membetulkan gangguan menggunakan perbelanjaan mereka
sendiri.
Cara Penggunaan
Mod Pengecasan.
Genius10 mempunyai sembilan (9) mod: Tunggu Sedia, 12V, 12V AGM, 12V AGM+, 12V LITIUM, 6V, 6V AGM, PEMBAIKAN, BEKALAN dan FORCE.
Sesetengah mod pengecasan mestilah ditekan dan ditahan selama tiga (3) hingga lima (5) saat untuk memasuki mod. Mod "Tekan dan Tahan" ini ialah
mod pengecasan lanjutan yang memerlukan perhatian penuh anda sebelum ia dipilih. Adalah penting untuk memahami perbezaan dan tujuan setiap
mod pengecasan. Jangan kendalikan pengecas sehingga anda mengesahkan mod pengecasan yang betul untuk bateri anda. Di bawah ialah penerangan
ringkas:
MS

Publicité

loading