Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda menghadapi
masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com atau hubungi
Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda boleh mendapatkan
nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia. Jika Pusat Layanan
Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips di
tempat anda.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi
dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan
maklumat di bawah, hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips di negara
anda.
1
Kuasa sedutannya tidak mencukupi
-
Mungkin timba habuk telah penuh.
Jika perlu, kosongkan timba habuk.
-
Mungkin tombol kuasa sedutan tidak ditetapkan dengan betul.
-
Mungkin tudung timba habuk tidak ditempatkan dengan betul.
Letakkan tudung dengan betul.
-
Mungkin penuras perlu dibersihkan atau diganti.
Jika perlu, bersihkan atau ganti penuras.
-
Mungkin muncung, tiub atau hos tersumbat.
-
Untuk mengeluarkan sumbatan, cabut bahagian (hos atau tiub) yang
tersumbat dan sambungkannya (sebaik mungkin) secara terbalik.
Hidupkan pembersih vakum untuk memaksa udara melalui bahagian
yang tersumbat itu dalam arah yang bertentangan.
2
Menggerakkan muncung ini di atas lantai adalah sukar.
-
Dengan mengurangkan kuasa sedutan, anda boleh menggerakkan
muncung ini merentasi lantai dengan lebih mudah.
Bahasa MElayu
73