Bahasa MElayu
62
-
Perkakas tidak dapat berfungsi jika timba habuk atau tudung timba
habuk tidak ditempatkan dengan betul.
-
Untuk prestasi terbaik, bersihkan kedua-dua penuras utama dan
penuras busa sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
-
Jangan keluarkan mana-mana gelang sendal getah.
-
Jangan bersihkan mana-mana gelang sendal getah dengan detergen
pembersih.
-
Anda hendaklah tidak membilas timba habuk di bawah paip. Jika anda
terbuat juga, pastikan anda mengeluarkan dan mengeringkan penutup
boleh tanggal sebelum anda mengembalikan timba habuk ke dalam
perkakas.
-
Semasa pembersihan vakum, terutama sekali di dalam bilik dengan
kelembapan udara yang rendah, pembersih vakum anda akan menokok
elektrik statik. Akibatnya, anda boleh mengalami kejutan elektrik
semasa anda menyentuh tiub atau bahagian keluli lain pada pembersih
vakum anda. Kejutan ini tidak berbahaya kepada anda dan tidak akan
merosakkan perkakas. Untuk mengurangkan ketakselesaan ini, kami
menasihati anda:
1
untuk menyahcas perkakas dengan kerap kali mendekatkan tiub pada
objek logam lain di dalam bilik (contohnya kaki meja atau kerusi,
radiator, dsb.);
2
untuk meningkatkan paras kelembapan udara di dalam bilik dengan
meletakkan air di dalam bilik. Sebagai contoh, anda boleh menggantung
bekas berisi air pada radiator anda atau meletakkan mangkuk berisi air
pada atau berdekatan radiator anda.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul
dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Bersedia untuk menggunakan
hos
1
Untuk menyambungkan hos, masukkannya ke dalam bukaan
sambungan hos sehingga ia berdetap di tempatnya ('klik').