BAHASA MELAYU
34
PENTING - EASY DE-CALC
Anda perlu menggunakan fungsi EASY DE-CALC sebaik sahaja lampu EASY DE-CALC
mula berkelip dan perkakas mengeluarkan bunyi bip secara berterusan.
Lampu EASY DE-CALC akan berkelip dan perkakas akan mengeluarkan bunyi bip secara
berterusan selepas kira-kira sebulan atau 10 sesi penyeterikaan untuk menandakan
bahawa perkakas perlu dinyahkerak. Lakukan prosedur EASY DE-CALC sebelum
menyambung semula penyeterikaan.
Untuk mengelakkan risiko kelecuran, tanggalkan plag perkakas dan biarkan perkakas
menjadi sejuk selama sekurang-kurangnya dua jam sebelum melakukan prosedur EASY
DE-CALC.
1
Keluarkan plag dari soket dinding (Raj. 13).
2
Letakkan perkakas di tepi meja kerja.
3
Pegang cawan (dengan kapasiti sekurang-kurangnya 350ml) di bawah tombol EASY
DE-CALC dan putarkan tombol melawan arah jam (Raj. 14).
4
Tanggalkan tombol EASY DE-CALC dan biarkan air bersama-sama zarah kerak
mengalir ke dalam cawan (Raj. 15).
5
Apabila tiada lagi air yang keluar dari perkakas, pasang semula tombol EASY DE-
CALC dan putarkan mengikut arah jam untuk mengetatkannya (Raj. 16).
6
Anda boleh menggunakan seterika anda dengan serta-merta selepas melengkapkan
prosedur EASY DE-CALC.
PENTING – Menanggalkan kerak plat tapak
Jika anda tidak menggunakan fungsi EASY DE-CALC dengan kerap, zarah kerak akan
terbentuk dalam plat tapak dan kotoran perang akan keluar dari plat tapak semasa
menyeterika. Dalam keadaan ini, anda perlu membuang kerak plat tapak dengan
mengikut prosedur di bawah. Kami menasihatkan agar anda mengulangi prosedur ini
dua kali untuk pembersihan plat tapak yang lebih baik.
Untuk mengelakkan risiko kelecuran, tanggalkan plag perkakas dan biarkan perkakas
menjadi sejuk selama sekurang-kurangnya dua jam sebelum menyahkerak plat tapak.
1
Keluarkan plag dari soket dinding (Raj. 13).
2
Letakkan perkakas di tepi meja kerja.
3
Pastikan tangki air kosong.
4
Pegang cawan (dengan kapasiti sekurang-kurangnya 350ml) di bawah tombol EASY
DE-CALC dan putarkan tombol melawan arah jam (Raj. 14).
5
Tanggalkan tombol EASY DE-CALC dan biarkan air bersama-sama zarah kerak
mengalir ke dalam cawan (Raj. 15).
6
Pegang perkakas dalam kedudukan bukaan EASY DE-CALC menghadap ke atas dan
tuangkan 900ml air suling ke dalam bukaan (Raj. 17).
Nota: Berhati-hati dengan berat perkakas apabila anda mencondongkannya.