Fungsi pancutan stim
Fungsi pancutan stim direka bentuk untuk membantu anda menangani kedutan yang
degil.
Tekan picu stim dua kali dengan cepat untuk mengaktifkan fungsi penggalak stim.
-
Perkakas akan melepaskan 3 pancutan stim yang kuat (Raj. 8).
Penyeterikaan menegak
Stim panas keluar dari seterika. Jangan cuba menghilangkan kedutan baju yang sedang
dipakai. Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda atau orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika dalam keadaan menegak untuk menyingkirkan
kedutan daripada baju yang digantung.
1
Pegang seterika dalam kedudukan menegak, tekan picu stim dan sentuhkan plat
tapak pada pakaian dengan lembut (Raj. 9).
Nota: mod stim automatik pintar tidak tersedia untuk penyeterikaan menegak untuk
keselamatan anda.
Tetapan ECO
Dengan tetapan ECO (stim dikurangkan), anda boleh menjimatkan tenaga tanpa
menjejaskan hasil penyeterikaan.
Tekan butang ECO. Lampu ECO berwarna hijau akan menyala (Raj. 10).
-
Untuk menyahaktifkan tetapan ECO, tekan butang ECO sekali lagi. Lampu ECO
-
berwarna hijau akan mati.
Tetapan MAX
Untuk menyeterika lebih cepat dan dengan jumlah stim yang lebih tinggi, anda boleh
menggunakan tetapan MAX.
1
Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat hingga lampu bertukar putih
(Raj. 11).
2
Untuk menyahaktifkan tetapan MAX, tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2
saat sehingga lampu bertukar biru
Pematian auto
Perkakas ini akan beralih kepada mod siap sedia jika tidak digunakan selama 10 minit.
-
Lampu pada butang hidup/mati akan mula berkelip (Raj. 12).
Untuk mengaktifkan perkakas sekali lagi, tekan butang hidup/mati. Perkakas mula
-
menjadi panas sekali lagi.
Perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama 10 minit lagi
-
selepas beralih kepada mod siap sedia. Lampu pada butang hidup/mati akan mati.
BAHASA MELAYU
33