Télécharger Imprimer la page

Huawei G8 Guide De Démarrage Rapide page 46

Masquer les pouces Voir aussi pour G8:

Publicité

Pematuhan perundangan EU
Pengendalian dipakai pada badan
Peranti mematuhi spesifikasi RF apabila digunakan berdekatan telinga
anda atau pada jarak 1.5 cm dari badan anda. Pastikan aksesori peranti
seperti bekas peranti dan pemegang peranti tidak mempunyai komponen
logam. Pastikan peranti jauh dari badan anda untuk memenuhi keperluan
jarak.
Maklumat Pensijilan (SAR)
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan kepada gelombang
radio.
Peranti anda adalah pemancar dan penerima radio berkuasa rendah.
Seperti yang disyorkan oleh garis panduan antarabangsa, peranti ini direka
untuk tidak melebihi had pendedahan kepada gelombang radio. Garis
panduan ini dibangunkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion (ICNIRP), organisasi saintifik bebas dan termasuk langkah
keselamatan yang direka untuk memastikan keselamatan untuk semua
pengguna, tanpa mengira umur dan kesihatan.
Kadar Penyerapan Khusus (SAR) adalah unit yang mengukur jumlah
tenaga frekuensi radio yang diserap oleh badan semasa menggunakan
peranti. Nilai SAR ditentukan pada aras kuasa tertinggi yang disahkan
dalam keadaan makmal, tetapi tahap SAR yang sebenar apabila
digunakan boleh berada di bawah nilai. Ini disebabkan oleh peranti direka
untuk menggunakan kuasa minimum yang diperlukan untuk mencapai
rangkaian.
Had SAR yang diguna pakai oleh Eropah ialah 2.0 W/kg dipuratakan pada
10 gram tisu, dan nilai SAR tertinggi untuk peranti ini mematuhi had ini.
HUAWEI RIO-L01 & HUAWEI RIO-L02
Nilai SAR tertinggi dilaporkan untuk jenis peranti ini apabila digunakan
pada telinga ialah 1.44 W/kg, dan apabila dipakai dengan betul pada
badan ialah 0.56 W/kg.
Kenyataan
Dengan ini, Huawei Technologies Co., Ltd. mengisytiharkan bahawa
peranti ini mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain Arahan
1999/5/EC yang berkaitan.
42

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Rio-l02Rio-l01