Télécharger Imprimer la page

Huawei G8 Guide De Démarrage Rapide page 44

Masquer les pouces Voir aussi pour G8:

Publicité

Maklumat keselamatan
Bahagian ini mengandungi maklumat penting mengenai operasi peranti
anda. Ia juga mengandungi maklumat mengenai bagaimana untuk
menggunakan peranti dengan selamat. Baca maklumat ini dengan teliti
sebelum menggunakan peranti anda.
Gangguan dengan peralatan perubatan
Ikuti peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh hospital dan
kemudahan penjagaan kesihatan. Jangan gunakan peranti anda
apabila dilarang.
Sesetengah peranti wayarles boleh menjejaskan prestasi alat bantuan
pendengaran atau perentak jantung. Rujuk penyedia perkhidmatan
anda untuk maklumat lanjut.
Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak minimum sebanyak
15 cm boleh dikekalkan di antara peranti dan perentak jantung untuk
mengelakkan kemungkinan gangguan dengan perentak jantung. Jika
anda menggunakan perentak jantung, pegang peranti pada bahagian
yang bertentangan dengan perentak jantung dan jangan bawa peranti
di poket depan anda.
Persekitaran pengendalian
Untuk mengelakkan kemungkinan kerosakan
pendengaran, jangan dengar pada paras kelantangan tinggi dalam
tempoh masa yang lama.
Suhu operasi yang paling sesuai ialah 0 °C sehingga 35 °C. Suhu
penyimpanan yang paling sesuai ialah -20 °C sehingga 45 °C.
Kepanasan atau kesejukan melampau boleh merosakkan peranti atau
aksesori anda.
40

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Rio-l02Rio-l01