Télécharger Imprimer la page

Philips FC6161 Mode D'emploi page 60

Masquer les pouces Voir aussi pour FC6161:

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 27
Bahasa MElayu
60
Bersedia untuk menggunakan
Mengecas bateri
Bateri perkakas memerlukan lebih kurang 7 jam untuk dicas sepenuhnya.
1
Letakkan penyesuai tapak pengecasan di dalam soket dinding.
2
Letakkan pembersih vakum kendalian tangan di dalam unit batang ('klik') (Gamb. 5).
Nota: Pastikan pembersih vakum kendalian tangan dimatikan apabila anda meletakkannya di dalam
batang.
3
Letak perkakas di atas tapak pengecasan (Gamb. 6).
Lampu pengecasan akan menyala untuk menunjukkan bahawa perkakas
,
sedang mengecas. (Gamb. 7)
Nota: Lampu pengecasan tidak memberikan apa-apa maklumat tentang aras cas bateri.
Apabila bateri telah penuh dicas, proses mengecas akan terhenti dan lampu pengecasan akan
,
padam untuk menjimatkan tenaga.
Nota: Anda boleh meninggalkan perkakas di atas tapak pengecasan, walaupun setelah ia dicas
sepenuhnya. Setiap 5 minit, lampu pengecasan akan menyala selama 3 saat. Ini menunjukkan
bahawa tapak pengecasan sedang memeriksa sama ada bateri masih lagi tercas sepenuhnya.
Nota: Jika anda meletakkan perkakas di atas tapak pengecasan ketika ia dihidupkan, perkakas akan
mati secara automatik selepas 2 saat dan bateri tidak akan dicas.
Menjimatkan kuasa
Jika anda tidak menggunakan perkakas buat tempoh masa yang panjang, cabut plag penyesuai dari
soket dinding untuk menjimatkan kuasa.
Menggunakan perkakas
Kuasa pembersih vakum batang tanpa kord ini tidak boleh dibandingkan dengan pembersih vakum
standard saiz biasa. Prestasi pembersihannya pada lantai lembut mungkin tidak dapat menyaingi
pembersih vakum standard, tetapi prestasi pembersihannyapada lantai keras sama baiknya.
Menggunakan unit batang
Anda boleh menggunakan unit batang untuk membersihkan lantai dan permaidani.
Setiap kali menggunakan unit batang, anda hendaklah memastikan bahawa petak habuk
disambungkan dengan pembersih vakum kendalian tangan, untuk mengelakkan kerosakan pada
pembersih vakum kendalian tangan.
1
Letakkan pembersih vakum kendalian tangan dengan betul di dalam unit batang ('klik'). (Gam
b. 5)
2
Tekan butang hidup/mati pada unit batang untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 8).
Perkakas mula beroperasi pada kelajuan biasa. Gunakan kelajuan ini untuk masa pengoperasian
,
optimum dan hingar minimum. Masa pengoperasian pada kelajuan ini adalah lebih daripada 20
minit.
-
Tekan butang MAX jika anda hendak mengendalikan perkakas pada kelajuan
maksimum. Gunakan kelajuan ini untuk prestasi pembersihan optimum. Masa pengoperasian
pada kelajuan ini adalah selama 11 minit (Gamb. 9).
-
Jika anda hendak kembali kepada kelajuan biasa, tekan butang MAX sekali lagi.
Nota: Semasa perkakas digunakan, lampu 'berus tersekat' mungkin berkelip merah untuk menandakan
bahawa berus golek tersekat. Jika ini berlaku, anda perlu mengeluarkan apa yang menyekat berus atau
membersihkan berus (lihat bab 'Pembersihan').
All manuals and user guides at all-guides.com

Publicité

loading