-
Jangan sekali-kali merendam perkakas, tapak pengecasan atau penyesuai di dalam air atau
sebarang cecair lain, ataupun membilasnya di bawah paip.
amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah berpadanan dengan voltan
sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda menyambungkan perkakas ini.
-
Jangan gunakan pembersih vakum, tapak pengecasan atau penyesuai jika ia rosak.
-
Jika penyesuai atau tapak pengecasan rosak, pastikan ia diganti dengan yang jenis tulen bagi
mengelakkan bahaya.
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantinya dengan plag
yang lain, kerana ini akan menyebabkan keadaan berbahaya.
-
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun atau lebih dan oleh orang-orang
yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberi arahan dalam menggunakan perkakas ini dengan selamat atau diberi
pengawasan untuk menggunakannya dengan selamat dan jika mereka telah dimaklumkan tentang
bahaya yang ada.
-
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan perkakas ini.
-
Kanak-kanak hanya dibenarkan untuk mengosongkan petak habuk, membersihkan unit penapis
dan membersihkan perkakas dengan pengawasan.
awas
-
Tanggalkan penyesuai daripada soket dinding sebelum membersihkan tapak pengecasan.
-
Caskan pembersih vakum hanya dengan penyesuai dan tapak pengecasan yang dibekalkan.
Semasa mengecas, penyesuai akan terasa hangat apabila disentuh. Ini perkara biasa.
-
Selalu mematikan pembersih vakum selepas penggunaan.
-
Voltan pada jalur hubungan di dalam unit pengecasan adalah rendah, maka ia tidak berbahaya.
-
Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
-
Matikan perkakas sebelum anda mengecasnya.
-
Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
sebelum penggunaan pertama
1
Tanggalkan sebarang kerajang atau plastik pelindung daripada perkakas.
2
Pasangkan sokongan belakang kepada bahagian belakang tapak pengecasan ('klik') (Gamb. 2).
Nota: Anda hanya perlu melakukan ini sekali sahaja. Jangan sekali-kali tanggalkan sokongan belakang
daripada tapak pengecasan.
Nota: Anda tidak perlu memasang sokongan belakangnya jika kestabilan tambahan yang diberi oleh
sokongan belakang tidak diperlukan.
Petua: Agar lebih stabil, anda juga boleh melekapkan tapak pengecasan ke dinding. Untuk melakukannya,
putarkan skru yang dibekalkan melalui lubang pada sokongan belakang terus ke dalam dinding.
3
Tempatkan bahagian atas batang pada bahagian bawah batang ('klik) (Gamb. 3).
Nota: Anda hanya perlu melakukan ini sekali sahaja. Jangan sekali-kali tanggalkan bahagian atas batang
daripada bahagian bawah batang.
4
Ketatkan skru menggunakan pemutar skru atau duit syiling.
5
Letakkan batang itu pada muncung lantai ('klik') (Gamb. 4).
All manuals and user guides at all-guides.com
Bahasa MElayu
59