• Gunakan cerek anda hanya untuk mendidihkan air minuman.
• AMARAN: Terdapat sisa-sisa haba pada permukaan elemen
pemanasan selepas digunakan.
• Pastikan hanya menggunakan pemegang semasa pemanasan
sehinggalah ia menyejuk.
• Perkakas anda hanyalah untuk kegunaan domestik di dalam
rumah pada altitud di bawah 4000 m.
• Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi piawaian dan peraturan-peraturan (Arahan
mengenai Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnetik, Bahan dalam hubungan bersama artikel
makanan, Alam sekitar, dan lain-lain.).
• Hanya pasang peralatan kepada soket utama berbumi. Semak yang kuasa voltan dipaparkan
pada piring penarafan pada peralatan sepadan dengan pemasangan elektrik anda.
• Sebarang kesilapan sambungan akan membatalkan jaminan anda.
• Jaminan tidak meliputi cerek yang gagal beroperasi atau beroperasi teruk kerana gagal untuk
menanggalkan kerak secara kerap.
• Jangan biarkan kord kuasa tergantung di mana kanak-kanak mungkin mencapainya.
• Jangan tanggalkan palam dengan menarik kord kuasa.
• Selain dari pencucian biasa dan penyelenggaraan oleh pelanggan perlu dilakukan oleh Pusat
Perkhidmatan Diluluskan.
• Cuma guna cerek anda untuk mendidihkan air minuman.
• Semua peralatan adalah tertakluk kepada prosedur kawalan kualiti yang ketat. Ini termasuk
ujian kegunaan sebenar pada peralatan pilihan secara rawak, yang menerangakan sebarang
tanda penggunaan.
• Jangan sesekali gunakan pad penyental untuk tujuan pembersihan.
• Untuk mengeluarkan penapis karat, alihkan cerek dari tapaknya dan biarkannya sejuk. Jangan
mengeluarkan penapis ketika peralatan berisi air panas.
• Jangan menggunakan kaedah lain untuk membersihkan kerak karat daripada cerek selain
daripada kaedah yang disyorkan.
• Pastikan cerek dan kord kuasa jauh dari sebarang sumber kepanasan, dari sebarang basahan
atau permukaan licin dan jauh dari permukaan tajam.
• Jangan guna peralatan di bilik air atau hampir pada sumber air.
• Jangan guna cerek bila tangan atau kaki anda adalah basah.
• Sentiasa menanggalkan palam kord kuasa dengan segera jika awak melihat sebarang
kejanggalan semasa operasi.
• Jangan tarik kord kuasa untuk mengalihkannya dari soket di dinding.
• Sentiasa berwaspada semasa peralatan dihidupkan, dan khususnya berhati-hati pada stim
yang keluar dari muncung yang mana ia sangat panas.
• Jangan tinggalkan kord kuasa tergantung dari meja atau kaunter dapur untuk mengelakkan
bahaya terjatuh ke atas lantai.
• Jangan sentuh penapis atau penutup bila air sedang mendidih.
• Juga berhati-hati kerana badan cerek keluli tahan karat menjadi sangat panas semasa
beroperasi. Cuma sentuh pemegang cerek.
• Jangan alihkan cerek bila ia sedang beroperasi.
• Lindungi peralatan dari keadaan lembap dan beku.
• Sentiasa guna penapis semasa kitaran pemanasan.
• Jangan panaskan cerek bila ia kosong.
• Letakkan cerek dan kord kuasa dengan baik di belakang permukaan kerja.
• Jaminan meliputi kecacatan pengeluaran dan penggunaan domestik sahaja. Sebarang
kebocoran atau kerosakan akibat dari kegagalan untuk mematuhi dengan arahan penggunaan
adalah tidak dilindungi oleh jaminan.
84
SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN BUAT PERTAMA KALI
1. Keluarkan semua pembungkus, pelekat atau aksesori dari bahagian dalam dan luar cerek
(jangan lupa untuk cabut filem perlindungan lutsinar daripada skrin).
2. Selaraskan kepanjangan kord dengan menggulungnya ke bawah tapak. Sendalkan kord ke
(gambarajah 1)
dalam takuk.
Masak air dan buang untuk dua tiga kali terlebih dulu kerana ia mungkin mengandungi debu.
Bilas cerek dan penapisnya berasingan.
PENGGUNAAN
1. UNTUK MEMBUKA PENUTUP, MENGIKUT MODEL
– Tekan pada sistem kunci dan penutup akan terangkat secara automatik.
Untuk tutup, tekan penutup ke bawah dengan kukuh.
2. LETAKKAN TAPAK PADA PERMUKAAN YANG RATA, STABIL DAN TAHAN HABA, JAUH
DARIPADA PERCIKAN AIR ATAU SEBARANG SUMBER HABA.
• Cerek hanya untuk digunakan bersama dengan tempat letak yang disertakan.
3. ISI CEREK DENGAN AIR SETAKAT YANG DIKEHENDAKI.
• Anda boleh mengisi air melalui muncungnya, yang memastikan penyenggaraan penapis yang
lebih bagus.
• Jangan sesekali mengisi air ke dalam cerek ketika ia masih berada di tapaknya.
• Jangan mengisi air melebihi paras maksimum, atau di bawah paras minimum. Jika cerek
terlampau penuh, air yang mendidih mungkin tertumpah.
• Jangan menggunakannya tanpa berisi air.
• Pastikan bahawa penutupnya ditutup dengan betul sebelum digunakan.
4. LETAKKAN CEREK PADA TAPAKNYA. PASANG PALAMNYA KE SOKET UTAMA.
5. MENGHIDUPKAN CEREK
Tekan butang on/off pada butang
di dasar cerek.
Suhu air dalam cerek dipaparkan pada skrin.
UNTUK MEMASAK AIR
2 pilihan:
– Jika anda ingin memasak air menggunakan cerek, tekan butang
– Jika anda ingin memilih suhu anda sendiri (7 pilihan: 100° - 95° - 90° - 85° - 80° - 70° - 60°C),
tekan butang
sehingga anda mencapai suhu yang diinginkan.
Selepas suhu telah dipilih (samada dengan butang
secara automatik selepas 2 saat, dan akan berhenti sebaik sahaja suhu yang dipilih telah dicapai
(tepat sehingga +/- 3°C).
Untuk menghentikan kitaran yang telah bermula, tekan butang sebelumnya sekali lagi iaitu
butang
atau ) .
FUNGSI KEKAL PANAS
Cerek anda mempunyai fungsi 'kekal panas'
akan dipanaskan kepada suhu tersebut dan kekal pada suhu ini selama 1 jam; jika tidak ia akan
kekal panas pada 60°C. Suhu maksima yang dibolehkan untuk fungsi Kekal Panas adalah 95°C.
NOTA
Skrin akan tutup secara automatik selepas 30 minit (dalam mode siap sedia) tetapi semua
butang akan kekal aktif. Ini bermaksud jika sebarang butang ditekan skrin akan aktif.
Jika anda menggunakan butang
untuk memilih suhu yang kurang dari suhu air di dalam cerek,
fungsi ini tidak akan diaktifkan dan kitaran tidak akan bermula.
(gambarajah 2)
(gambarajah 3)
.
atau ), kitaran mendidih akan mula
. Jika anda telah memilih suhu sebelum ini, air
85
MS