TEFAL Express Control Mode D'emploi page 45

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 1
Contoh: jika suhu air adalah 90°C, anda tidak akan boleh memulakan kitaran untuk suhu
60°C/70°C/80°C/85°C.
Suhu yang disarankan :
70°C : the biasa
80-85°C : the hijau
90°C : kopi segar
95°C : the hitam
100°C : air mendidih/bru
6. CEREK AKAN MATI SECARA AUTOMATIK
sebaik sahaja air mencapai tahap didih atau suhu yang dipilih.
• Jangan biarkan air di dalam cerek selepas menggunakannya kerana ini akan membuatkan
kerak karat cepat terbentuk.
SARANAN UNTUK KEGUNAAN
Walaupun semua teh datang daripada tumbuhan yang sama (camellia sinensis), tetapi rasa dan
jenisnya adalah pelbagai mengikut dari rantau mana ianya dihasilkan, kaedah pemprosesan
(cara penapaian yang lain, dan proses pengeringan dan teknik-teknik rolling sedia ada) dan gred
(seluruh atau daun yang dipetik, pengipasan dan penghabukan).
– Teh Hijau: Daun-daun teh yang digulung, dipotong dan dibakar sedikit untuk mencegahnya
daripada ditapai. Rendam selama 3 minit. Teh Hijau mempunyai sedikit rasa, seringkali rasa
kelat, dan berwarna pucat.
– Teh Hitam: Dibuat daripada daun-daun lama yang telah digulung, dikeringkan dan ditapai
untuk jangkamasa yang agak lama. Rendam sehingga 5 minit (atau lebih lama untuk Teh Rusia
atau Turki). Ia memberikan rasa yang kuat dan warna coklat.
– Teh Oolong: Di antara teh hijau dan hitam. Sedikit ditapai. Rendam selama 7 minit. Rasa
ringan dan berwarna sedikit pucat daripada hitam.
Walaupun sesetengah orang suka minum teh kosong, anda mungkin ingin menambahkan susu
sejuk ke dalam cawan sebelum menuangkan teh anda (dengan teh India atau teh Ceylon), atau
tambah gula dan lemon (untuk teh hijau atau berperisa). .
PEMBERSIHAN DAN PENYENGGARAAN
MEMBERSIHKAN CEREK ANDA
Cabut palamnya.
Biarkannya sejuk dan bersihkannya dengan span lembap.
• Jangan sesekali merendam cerek, tapaknya, kord atau palam elektrik di dalam air: penyambung
elektrik atau suis mestilah tidak terkena air.
• Jangan menggunakan pad penyental.
(gambarajah 4)
MEMBERSIHKAN PENAPIS
Penapis boleh alih mengandungi jaring untuk menahan partikel kerak dan menghalangnya jatuh
ke dalam cawan anda apabila dituang. Penapis ini tidak merawat mahupun menghilangkan
keliatan air. Ia dengan itu mengekalkan semua kualiti air. Dengan air yang amat liat,
penapis boleh tersumbat dengan cepat (10 hingga 15 kali digunakan). Adalah penting untuk
membersihkannya dengan kerap. Jika ia basah, letakkannya di bawah air yang mengalir, jika ia
kering, berusnya dengan lembut. Kadang-kadang kerak karat tidak tertanggal dengan sendiri,
keraknya perlu dibersihkan.
86
MEMBERSIH KERAK KARAT
Bersihkan kerak karat dengan kerap, sebaik-baiknya sebulan sekali atau lebih kerap jika air
anda amat liat. Pengenalpastian suhu dalam cerek mungkin akan mendapat kesan daripada
pengumpulan kerak.
Untuk membersihkan kerak karat cerek anda:
• Gunakan cuka putih:
– Isikan cerek dengan 1/2l cuka,
– Biarkannya selama 1 jam tanpa dipanaskan.
• Menggunakan asid sitrik:
– Didihkan ½ l air,
– Tambah 25g asid sitrik dan biarkannya selama 15 min.
• Kosongkan cerek anda dan bilas sebanyak 5 atau 6 kali. Ulang jika perlu.
Untuk membersihkan kerak karat pada penapis anda:
Rendam penapis dalam cuka putih atau asid sitrik yang telah dicairkan.
• Jangan sesekali menggunakan kaedah pembersihan kerak karat lain selain daripada yang disyorkan.
SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH
TIDAK TERDAPAT KEROSAKAN YANG NYATA PADA CEREK ANDA
• Cerek tidak berfungsi
– Pastikan cerek anda disambung dengan betul.
– Cerek telah dihidupkan tanpa air atau kerak karat yang terkumpul telah menyebabkan
pemanasan terlampau berlaku: biarkan cerek sejuk dan kemudian isikan air. Bersihkan kerak
karat terlebih dahulu jika ia telah terkumpul.
Hidupkannya: cerek sepatutnya kembali berfungsi selepas lebih kurang 15 minit.
JIKA CEREK ANDA TERJATUH, JIKA IA BOCOR ATAU TERDAPAT KEROSAKAN YANG KETARA
PADA KORD KUASA, PALAM ATAU TAPAK CEREK
Pulangkan cerek anda kepada Pusat Perkhidmatan Selepas Jualan, hanya mereka yang
dibenarkan untuk membaiki kerosakan. Lihat syarat-syarat jaminan dan senarai pusat dalam
buku kecil yang disertakan bersama cerek anda. Jenis dan nombor siri ditunjukkan di bahagian
dasar cerek anda. Jaminan ini melindungi kerosakan pengilangan dan penggunaan domestik
sahaja. Sebarang keretakan atau kerosakan yang terjadi akibat daripada kegagalan untuk
mematuhi arahan adalah tidak dilindungi oleh jaminan.
• Pengeluar berhak untuk mengubah suai sifat-sifat atau komponen cereknya pada bila-bila
masa untuk kepentingan pelanggan.
• Jangan menggunakan cerek. Jangan ada sebarang cubaan untuk menanggalkan cerek atau
peranti keselamatannya.
• Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, pusat perkhidmatan selepas jualannya
atau orang lain yang memiliki kelayakan yang sama, bagi mengelakkan sebarang bahaya.
87
MS

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières