Télécharger Imprimer la page

TEFAL Blendforce BL305140 Mode D'emploi page 30

Publicité

• Untuk keselamatan anda, gunakan hanya aksesori dan bahagian ganti yang sepadan dengan
perkakas anda, dijual oleh pusat perkhidmatan yang diluluskan.
• Bilah sangat tajam: gunakannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.
• Jangan gunakan pengisar atau aksesorinya tanpa bahan dan jangan tuang cecair yang
mendidih ke dalam jug.
• Sentiasa gunakan jag pengisar dengan penutup (c4).
• Sentiasa tuang bahan cecair ke dalam jug dahulu sebelum menambah bahan pepejal, tanpa
melebihi paras maksimum.
• Jangan letakkan jari anda atau sebarang objek lain dalam pengisar semasa perkakas sedang
beroperasi.
• Jangan gunakan mangkuk sebagai bekas untuk penyejukan, memasak atau pensterilan.
• Jangan gunakan pengisar lebih daripada 3 minit secara berterusan.
• Letakkan pengisar pada tempat kerja yang rata, stabil, tahan haba, bersih dan kering.
• Jangan biarkan rambut yang panjang, ikatan, dll, tergantung pada jug pengisar atau aksesori
semasa ia beroperasi.
• Jangan gunakan pengisar di luar dalam udara terbuka.
• Jangan tanggalkan penutup (c4) sebelum bilah telah berhenti berputar sepenuhnya.
• Jangan gunakan perkakas ini untuk mengisar atau mencampurkan item selain daripada bahan
makanan.
SISTEM KESELAMATAN
Perkakas hanya boleh beroperasi semasa jug (C) atau aksesori (D atau E) diletakkan dalam
kedudukan yang betul dan dikunci pada unit motor (A).
LANGKAH BERJAGA-JAGA:
Bilah sangat tajam;
gunakannya dengan
berhati-hati semasa
menggunakan atau
mencuci perkakas.
MENGGUNAKAN PERKAKAS ANDA
• Basahkan gasket (c2) dan letakkannya dengan betul
pada unit bilah (c1): 3 lipatan gasket mesti boleh
dilihat sebaik sahaja ia berada pada tempatnya. Jika ia
diletakkan dalam arah yang lain, anda tidak boleh
menguncinya pada unit bilah pada jag. (Rjh. 1).
MENGGUNAKAN UNTUK KALI PERTAMA
• Sebelum menggunakan perkakas anda untuk kali
pertama, cuci semua aksesori (C, D, E, F) dalam air
sabun suam, kecuali untuk unit motor (A).
• Pastikan semua bungkusan telah dikeluarkan
sebelum mengoperasikan perkakas.
• Nota penting: Putar pemilih kelajuan (B) kepada "0"
sebelum meletakkan jug pengisar atau aksesori pada
unit motor.
• Perkakas bermula hanya jika jug atau aksesori
diletakkan dengan betul dan dikunci pada badannya.
• Jangan mengoperasikan pengisar jika tudung tidak
berada pada tempatnya
26

Publicité

loading