38
BAHASA MELAYU
Gambaran umum (gamb. 1)
A Alat ceruk
B Alat berus
C Alat ceruk boleh bengkok (FC6053 sahaja)
D Turas luar
E Turas dalam
F Unit pengecasan
G Penyesuai
H Bekas habuk
I Butang pelepas bekas habuk
J Bukaan udara ekzos
K Lampu pengecasan (LED)
L Gelangsar Hidup/Mati
M Jalur hubungan
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan di masa depan.
◗
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada palam penyesuai
sepadan dengan voltan sesalur tempatan sebelum anda
menyambungkan perkakas.
◗
Jangan gunakan perkakas jika ia rosak dalam apa cara sekalipun.
Bawalah ia ke pusat servis Philips yang disahkan untuk dibaiki.
◗
Palam penyesuai dan unit pengecasan perkakas ini tidak boleh
digantikan dengan yang baru. Jika palam penyesuai atau unit
pengecasan rosak, perkakas mesti dibuang.
◗
Jangan sekali-kali sedut air atau apa-apa cecair lain. Jangan sekali-
kali sedut bahan mudah bakar dan jangan sedut abu sehingga ia
telah sejuk.
◗
Jangan sekali-kali tenggelamkan pembersih vakum atau unit
pengecasan ke dalam air.
◗
Cabutkan plag penyesuai dari soket dinding sebelum
membersihkan unit pengecasan.
◗
Caskan pembersih vakum hanya dengan menggunakan palam
penyesuai dan unit pengecasan yang dibekalkan.