Philips AVENT SCF330 Mode D'emploi page 23

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF330:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 37
24
Bahasa Melayu
Menggunakan pam susu badan
Masa sesuai untuk mengepam payu dara
Jika penyusuan badan berjalan lancar, anda dinasihatkan (kecuali dinasihatkan sebaliknya oleh
profesional jagaan kesihatan/penasihat penyusuan ibu) untuk menunggu sehingga bekalan susu
anda dan jadual penyusuan badan teratur (biasanya sekurang-kurangnya 2 hingga 4 minggu
selepas bersalin) sebelum anda memulakan perahan.
Pengecualian:
-
Jika penyusuan badan tidak berjalan lancar dengan serta-merta, memerah secara kerap boleh
membantu mewujudkan dan mengekalkan bekalan susu anda.
-
Jika anda mengepam susu bagi bayi anda untuk diberi di hospital.
-
Jika payu dara anda menjadi rening (sakit atau bengkak), anda akan dapat mengepam sedikit
susu sebelum atau di antara penyusuan untuk mengurangkan rasa sakit dan untuk membantu
bayi anda melekap dengan lebih mudah.
-
Jika anda mengalami puting yang sakit atau pecah-pecah, anda mungkin hendak menggunakan
pam sehingga ia sembuh.
-
Jika anda terpisah dari bayi anda dan hendak meneruskan menyusukannya apabila bersamanya
semula, anda hendaklah mengepam susu anda dengan berkala untuk merangsang bekalan susu
anda.
Anda perlu mendapatkan waktu yang optimum untuk mengepam susu anda, seperti sejurus
sebelum atau selepas penyusuan pertama bayi anda pada waktu pagi apabila payu dara anda
penuh susu, atau selepas penyusuan jika bayi anda telah tidak menghabiskan susu pada kedua-
dua belah. Jika anda telah kembali bekerja, anda mungkin perlu memerah pada waktu rehat.
Penggunaan pam susu badan memerlukan latihan dan mungkin memerlukan beberapa percubaan
sebelum anda berjaya. Mujurlah pam susu badan manual Philips Avent mudah dipasang dan
digunakan, jadi anda akan terbiasa memerah dengannya.
Petua
-
Biasakan diri anda dengan pam susu badan dan bagaimana hendak mengendalikannya sebelum
anda menggunakannya buat kali pertama.
-
Pilih masa apabila anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.
-
Gambar bayi anda dapat membantu menggalakkan refleks 'melepaskan'.
-
Kehangatan juga dapat membantu: cuba mengepam selepas mandi, atau letakkan kain yang
hangat atau Termopad Philips Avent pada payu dara selama beberapa minit sebelum anda mula
memerah.
-
Anda mungkin akan dapati lebih mudah untuk mengepam sambil bayi anda menyusu pada payu
dara yang satu lagi, atau serta-merta selepas penyusuan.
-
Jika memerah susu menyakitkan, hentikan dan hubungi penasihat penyusuan badan anda atau
profesional jagaan kesihatan.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières