Nota: Kepanasan perkakas tidak mencapai tahap intensiti sepenuhnya sehingga setelah dipasang
beberapa minit. Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna perkakas tidak berkesan dalam tempoh
beberapa minit pertama ini.
Jangka rawatan
Tempoh masa rawatan bergantung kepada jenis rawatan dan orang yang dirawat. Rawatan terhadap
satu otot atau sendi sepatutnya berlangsung selama lebih kurang 15 minit. Jika perlu, rawatan boleh
diulangi beberapa kali sehari. Tempoh rawatan yang lebih lama daripada 15 minit tidak akan memberi
hasil yang lebih baik. Anda boleh mengulangi rutin beberapa rawatan sehari pada beberapa hari yang
berturutan untuk mendapat hasil. Jika tidak terdapat sebarang kemajuan selepas 6-8 rawatan,
hentikan penggunaan perkakas dan rujuk doktor anda. Bagi masalah yang kronik, perkakas boleh
digunakan untuk tempoh yang lebih panjang, asalkan anda mengikuti arahan yang terdapat
pada bahagian 'Amaran' dalam bab 'Penting'.
Menggunakan infracare
1
Masukkan plag utama ke dalam soket.
2
Tetapkan suis hidup/mati ke 'I' untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 20).
Lampu kuasa hidup menyala (Gamb. 21).
,
Perkakas hidup selama lebih kurang 15 minit dan kemudian mati dengan sendirinya secara
,
automatik.
Jika anda hendak menggunakan InfraCare buat tempoh lebih lama, hanya tekan suis hidup/
,
mati sekali lagi.
Pembersihan
Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 15 minit sebelum anda membersihkannya.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
1
Bersihkan bingkai lampu, kekaki dan tiub dengan kain lembap. Pastikan air tidak mengalir ke
dalam perkakas.
2
Anda boleh membersihkan bahagian luar penuras dengan kain lembut yang direnjiskan dengan
spirit kermetil.
Penyimpanan
1
Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 15 minit sebelum anda menyimpannya.
2
Putarkan gegelang pelarasan ketinggian untuk membuka kuncinya (1) dan tekan bingkai lampu
ke bawah ke posisinya yang paling rendah (2) (Gamb. 15).
3
Putarkan tombol mengikut arah jam untuk membetulkan perumah lampu pada ketinggian
ini (Gamb. 16).
-
Apabila anda mengangkat atau membawa perkakas ini, sentiasa pastikan bingkai lampu berada di
posisi paling rendah. Juga pastikan yang anda memegang salah satu pemegangnya atau engsel
bingkai lampu dengan satu tangan dan tiub kekaki dengan tangan yang satu lagi (Gamb. 22).
Untuk mengelakkan daripada terbuka kunci gegelang pelarasan ketinggian, jangan letakkan tangan
anda pada gegelang pelarasan ketinggian sambil anda membawa atau mengangkat perkakas.
4
Simpan InfraCare di tempat yang kering.
BaHasa MElayu
45