Philips InfraCare HP3643 Mode D'emploi page 44

Masquer les pouces Voir aussi pour InfraCare HP3643:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 27
BaHasa MElayu
44
-
Untuk merawat bahagian belakang dari bahu ke pinggul, letakkan perkakas di sebelah katil,
dengan bingkai lampunya dalam posisi yang tertinggi serta dicondongkan ke bawah. Baringlah
dengan selesa secara meniarap (Gamb. 10).
-
Untuk merawat bahagian belakang anda, letakkan perkakas di sebelah katil, dengan bingkai lampu
pada posisi yang paling rendah. Baring dengan selesa secara mengiring ke kiri atau ke
kanan (Gamb. 11).
-
Untuk merawat bahagian atas belakang dan bahu, letakkan perkakas di belakang kerusi atau
tempat duduk lain, dengan bingkai lampu dalam posisi mendatar.Duduklah dengan selesa sambil
menghadapkan bahagian belakang anda ke arah perkakas (Gamb. 12).
-
Untuk merawat belakang anda, letakkan perkakas di sebelah kerusi atau bangku, dengan bingkai
lampu dalam posisi menegak. Duduklah dengan selesa sambil menghadapkan bahagian belakang
anda ke arah perkakas (Gamb. 13).
Petua: Orang yang berbadan kecil yang hendak merawat bahagian bawah belakangnya sambil duduk di
atas kerusi boleh meletakkan kaki di atas bangku kaki yang rendah supaya lebih selesa.
Petua: Orang yang tinggi yang hendak merawat bahagian bawah belakangnya boleh baring di atas katil
dengan menghadapkan belakangnya ke arah perkakas.
-
Untuk merawat pinggul dan peha anda, letakkan perkakas di sebelah kerusi, dengan bingkai
lampu dalam posisi mendatar. Duduk dengan selesa di atas kerusi atau bangku (Gamb. 14).
5
Laraskan bingkai lampu.
Untuk mengelakkan jari-jari anda daripada tersekat apabila anda melaraskan ketinggian, pegang
bingkai lampu pada salah satu dari pemegangnya atau pada engselnya selagi gegelang pelarasan
ketinggian tidak berkunci.
Nota: Tiub kekaki terdiri daripada tiga bahagian dan dua gegelang pelarasan ketinggian. Anda boleh
melaraskan ketinggian dengan kedua-dua gegelang.
-
Untuk melaraskan ketinggian InfraCare, pegang bingkai lampu pada salah satu
daripada pemegang atau engsel dengan satu tangan sambil anda memutarkan gegelang pelarasan
ketinggian dengan tangan yang satu lagi.
-
Putarkan gegelang pelarasan ketinggian melawan arah jam sehingga simbol 'tidak dikunci' dapat
dilihat melalui lubang dalam gegelang (1). Kemudian tarik naik bingkai lampu atau tekannya ke
bawah kepada ketinggian yang dikehendaki (2) (Gamb. 15).
-
Apabila anda telah menetapkan bingkai lampu pada ketinggian yang anda kehendaki, putarkan
gegelang pelarasan ketinggian mengikut arah jam sehingga simbol 'dikunci' boleh nampak melalui
lubang dalam gegelang. Ketinggian gegelang pelarasan kini dikunci dan ketinggian bingkai lampu
ditetapkan (Gamb. 16).
-
Untuk mencondongkan bingkai lampu ke atas atau ke bawah, pegang pemegangnya dan
gerakkan ke posisi yang diingini (Gamb. 17).
-
Untuk meletakkan bingkai lampu pada posisi menegak atau mendatar, pegang pemegangnya dan
putarkan ke posisi yang dikehendaki (Gamb. 18).
-
Pastikan tapak kekaki dalam keadaan mendatar. Jika ia diletakkan pada sesuatu sudut, perkakas
akan mati secara automatik (Gamb. 19).
6
Duduk atau baring pada jarak yang sesuai dari perkakas.
-
Pada jarak sejauh 40-50cm dari badan, InfraCare merawat bahagian sebesar lebih kurang 40sm
kali 60sm. Pada jarak yang lebih jauh, bahagian dirawati menjadi lebih besar dan cahaya
inframerah dan seterusnya intensiti haba menjadi kurang. Pada jarak yang lebih dekat, kawasan
dirawati lebih kecil dan cahaya inframerah dan juga intensiti haba menjadi lebih kuat.
-
Pastikan jarak antara badan dan perkakas adalah cukup jauh untuk mengelakkan daripada
tersentuh dengan penuras yang panas.
-
Pilih jarak di mana kehangatan adalah selesa bagi anda dan tambahkan jarak jika
kehangatan menjadi terlalu kuat.

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Hp3643

Table des Matières