Télécharger Imprimer la page

ResMed AirMini Mode D'emploi page 221

Masquer les pouces Voir aussi pour AirMini:

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 37
Tiub udara AirMini
Bahan:
Panjang:
Diameter dalam:
Kesesuaian elektromagnetik
AirMini mematuhi semua syarat kesesuaian elektromagnetik yang berkenaan
[electromagnetic compatibility (EMC)] menurut IEC60601-1-2:2014 untuk persekitaran
perumahan, komersial dan industri ringan. Peralatan komunikasi RF bimbit dan mudah
alih patut digunakan tidak berdekatan dengan sebarang bahagian mesin, termasuk
kabel. Peralatan ini tidak boleh lebih rapat dari jarak yang disyorkan iaitu 10 cm. AirMini
direka untuk memenuhi standard EMC. Walau bagaimanapun, jika anda mengesyaki
prestasi mesin (cth., tekanan atau aliran) terganggu oleh peralatan lain, alihkan mesin
daripada sebab gangguan yang mungkin.
AirMini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC dan standard RSS pengecualian lesen
Industri Kanada. Operasi mesin bergantung kepada dua keadaan berikut: Mesin ini tidak
menyebabkan gangguan berbahaya dan mesin ini mesti menerima sebarang gangguan
yang ada, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini.
FCC ID: QOQBT121, IC: 5123A-BGTBT121
Maklumat tambahan tentang Peraturan FCC dan pematuhan IC untuk mesin ini boleh
didapati di www.resmed.com/downloads/devices.
Penggunaan pesawat
ResMed mengesahkan yang mesin ini memenuhi syarat Pentadbiran Penerbangan
Persekutuan [Federal Aviation Administration (FAA)] (RTCA/DO-160, seksyen 21,
kategori M) untuk semua fasa perjalanan udara.
Teknologi tanpa wayar
Teknologi yang digunakan:
Jenis sambungan:
Frekuensi:
Output kuasa RF maksimum:
Julat operasi:
Kami mengesyorkan mesin diletakkan pada jarak minimum 1.1cm dari badan semasa
operasi. Tidak diguna pakai untuk topeng, tiub udara atau aksesori.
Plastik fleksibel
1.9 m
15 mm
Bluetooth
SPP, iAP2, GATT
2402 hingga 2480 MHz
+4 dBm
10 m (Kelas 2)
Bahasa Melayu
25

Publicité

loading