Philips SENSOTOUCH 3D RQ1290 Mode D'emploi page 143

Masquer les pouces Voir aussi pour SENSOTOUCH 3D RQ1290:
Table des Matières

Publicité

4
Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan pencukur.
5
Gerakkan kepala pencukur dalam gerakan membulat melalui kulit anda.
Nota: Bilas pencukur di bawah paip dengan berkala untuk memastikan ia meluncur dengan licin melalui kulit anda.
6
Keringkan muka anda dan dengan menyeluruh bersihkan pencukur selepas digunakan (lihat bab 'Pembersihan dan penyelenggaraan').
Nota: Pastikan anda membilas semua busa atau gel cukur keluar daripada pencukur.
merapi
Anda boleh menggunakan perapi untuk merapikan jambang dan misai anda.
1
Tarik lurus unit pencukur keluar daripada pencukur (Gamb. 23).
Nota: Jangan putar unit pencukur ketika anda sedang menariknya keluar daripada pencukur.
2
Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan pencukur.
Paparan menyala selama beberapa saat.
,
3
Tekan gelangsar perapi ke hadapan untuk meluncurkan perapi keluar (Gamb. 24).
4
Anda kini boleh memulakan perapian.
5
Tekan gelangsar perapi ke belakang untuk menarik masuk perapi.
6
Tekan butang hidup/mati sekali untuk mematikan pencukur.
Paparan akan menyala selama beberapa saat dan menunjukkan baki kapasiti bateri.
,
7
Masukkan cuping unit pencukur ke dalam slot di bahagian atas pencukur (1). Kemudian tekan unit pencukur ke bawah (2) untuk
memasangnya pada pencukur ('klik') (Gamb. 25).
pembersihan dan penyelenggaraan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau aseton untuk
membersihkan pencukur dan Sistem Pembersih Jet (jenis tertentu sahaja).
-
Cara terbaik dan paling bersih untuk membersihkan pencukur adalah di dalam Sistem Pembersih Jet (jenis tertentu sahaja). Anda juga boleh
membilas pencukur di bawah paip atau membersihkannya dengan berus pembersih yang dibekalkan.
-
Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
-
Bersihkan pencukur selepas setiap cukuran untuk prestasi yang optimum.
-
Anda boleh membersihkan bahagian luar pencukur dengan kain lembap.
-
Pembersihan yang tetap menjamin prestasi pencukuran yang lebih baik.
membersihkan unit pencukur.
Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
1
Bilas unit pencukur di bawah air paip yang panas buat beberapa lama (Gamb. 26).
2
Tarik hingga terbuka tiga kepala pencukur, satu demi satu (Gamb. 27).
3
Bilas ketiga-tiga kepala pencukur dan ketiga-tiga ruang rambut di bawah air paip yang panas selama 30 saat. (Gamb. 28)
Nota: Anda juga boleh memberus kepala pencukur dan ruang rambut dengan berus pembersih yang dibekalkan.
Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
4
Dengan berhati-hati, kibas lebihan air dan biarkan kepala pencukur terbuka agar unit pencukur kering sepenuhnya.
Jangan keringkan unit pencukur dengan tuala atau tisu, kerana ini akan merosakkan kepala alat pencukur.
membersihkan unit pencukur di dalam sistem pembersih Jet (jenis tertentu sahaja)
Sistem Pembersih Jet terdiri daripada dua jenis:
-
Jenis RQ1008 mempunyai tiga program pembersihan: program eko, program auto dan program intensif. Tekan butang atas/bawah untuk
memilih program pembersihan yang anda kehendaki. (Gamb. 29)
Nota: Program eko mempunyai masa pengeringan yang lebih pendek, untuk menjimatkan tenaga. Program intensif adalah program pembersihan yang
lebih menyeluruh.
-
Jenis RQ1007 mempunyai satu program pembersihan automatik. Apabila anda menekan butang hidup/mati, Sistem Pembersih Jet akan
memulakan pembersihan di dalam program pembersihan automatik. (Gamb. 30)
menyediakan sistem pembersih Jet untuk penggunaan
Isi ruang pembersihan sebelum penggunaan pertama.
1
Letakkan plag kecil di dalam Sistem Pembersih Jet.
2
Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.
Pemegang secara automatik akan bergerak ke kedudukan tertinggi.
,
3
Tekan butang pelepas pada kedua-dua belah Sistem Pembersih Jet serentak (1). Kemudian angkat Sistem Pembersih Jet keluar daripada
ruang pembersihan (2). (Gamb. 31)
Ruang pembersihan kekal di situ.
,
4
Buka skru tukup daripada botol cecair pembersih.
5
Isi ruang pembersihan dengan cecair pembersih HQ200 hingga ke paras di antara dua garisan itu (Gamb. 32).
Bahasa mElayu
143

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières